(Kisah Inspirasi) Saharul Ridzwan Rugi RM30,000, Stok Serunding Ber ulat,-” Salah Saya Kerana Kurang Ilmu!”

Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan bahawa dia pernah kerugian modal hampir RM30,000 gara-gara kurang ilmu ketika mula-mula menceburi dunia perniagaan.

Dia yang memulakan perusahaan serunding pada suatu ketika dahulu terpaksa menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit dan stok makanan berulat akibat tidak mendapat sambutan daripada pelanggan.

Mengakui terlalu yakin akan kebolehan diri, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini berkata dia tidak boleh berputus asa jika ingin berjaya dalam bidang perniagaan.

“Contohnya perniagaan serunding semasa bulan puasa, saya rugi hampir RM30,000..stok tak terjual sampai ber ulat sedangkan modal dikeluarkan dah banyak.

Mungkin kerana ilmu, sebelum meniaga kita acah-acah buat serunding terbaik di dunia tapi tanpa ilmu dan bimbingan, baru saya sedar tak boleh guna populariti semata-mata untuk jana pendapatan.” katanya.

Saharul kini dilaporkan telah melancarkan produk terbaru berupa pewangi rumah dan kenderaan yang diberi nama Ode Scents.

Bagi perniagaannya kali ini, syarikatnya Pack Houz Sdn Bhd telah mengeluarkan modal sebanyak RM250,000 dan membangunkan jenama tersebut bersama rakan kongsi iaitu Nadzir Samsuddin.

Menjelaskan bahawa populariti sebagai artis bukanlah ‘tiket’ mudah untuk dia meraih kejayaan dalam perniagaan, Saharul berkata apa yang penting adalah ilmu dan bimbingan daripada mereka yang pakar adalah sangat diperlukan dalam usaha membangunkan sesuatu produk dan jenama.

Sementara itu, bapa kepada dua orang anak ini turut menyedari bahawa kerjayanya sebagai anak seni tidak akan bertahan selamanya. Disebabkan hal itu juga, dia kini mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan dan kini menjadikan bidang lakonan sebagai suatu ‘hobi’ yang lebih serius.

“Kita kena sedar yang populariti tidak akan kekal lama. Ia boleh datang dan pergi bila-bila. Saya tak boleh salahkan sesiapa jika orang sudah tak minat saya lagi seperti dahulu. Tapi tak adalah sampai nak tinggalkan industri ini. Berlakon tetap menjadi minat utama saya.” – Saharul Ridzwan

SUMBER : mStar Online

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*