Kisah Inspirasi Usahawan Pakistan: Dari Zero To Hero

Bangsa Pakistan di negara kita memang sinonim dengan bisnes. Kalau dahulunya, Sebut sahaja jual kain dan perabot, carilah orang pakistan. Namun, sejak kebelakangan ni, usahawan pakistan kelihatan semakin jauh maju daripada sebahagian besar orang-orang tempatan.

Yang dahulunya mereka hanya membonceng motor, datang ke rumah-rumah menjual baju dan perabot rumah.

Sekarang ini mereka sudah ada kereta Hilux. Tak kurang juga yang ada lori.

Dan kalau kawan-kawan di area Ranau ni sedar, pembekal air mineral jenama ONLY ONE yang membawa lori MURAH MERIAH, stokisnya di Ranau adalah seorang warga pakistan!

Tidak kurang juga mempunyai kedai runcit.

Kalau di area pekan Ranau ni, peniaga-peniaga pakistan antara sebilangan peniaga yang boleh bersaing dengan peniaga tempatan dan cina.

Ada beberapa nilai penting yang kita boleh contohi daripada kegigihan dan usahaa mereka ni.

Bagaimana mereka boleh tahan dengan sewa kedai di pekan ranau ni yang melambung tinggi mencecah RM6k – RM12k dalam sebulan?

1. MARKETING – Teknik marketingnya. Sentiasa keluar mencari pasaran. Jangan hanya menunggu di kedai.
Channel dan Sasaran mereka pula tepat. Datang ke rumah-rumah, pastinya setiap isi rumah mesti memerlukan pakaian, perabot dan lain-lain.

2. Tahan lasak – Buktinya mereka sudah berniaga lebih dari 5 tahun (melepasi fasa survival).

Melihat kepada situasi ini, kita mungkin boleh menjangkakan taburan pemilik-pemilik perniagaan 10 tahun akan di pusat-pusat tumpuan orang seperti pekan dan bandar.

Adakah kita cukup hanya menjadi kuli di bumi sendiri? Sekadar renungan, tepuk dada tanya selera.

Artikel Asal Saudara Jubair Juhinin (Atas dan bawah Gambar Hiasan)

Pakistan di Malaysia membentuk masyarakat Keturunan Pakistan yang terbesar di Asia Tenggara dan kesepuluh terbesar di Asia secara keseluruhannya. Artikel Asal Saudara Jubair Juhinin
About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*