Kisah Kejayaan Li Ziqi, Seorang Anak Yatim Paling Popular Di China

Li Ziqi ,30, Kisah Blogger Wanita paling popular di China dan Serata dunia.

Ramai yang mgkin sudah mengenalinya dari Video yg sering dimuatnaik di Channel Youtube miliknya yg bernama ‘Li Ziqi’ Sehingga ke hari ini, subscriber di laman Youtubenya sudah mencecah lebih 12 juta orang!

Video video yang dimuat naik semuanya mempunyai jutaan penonton dan beribu ribu komen ditinggalkan oleh peminatnya.

Namun ramai yang tidak mengetahui kehidupan Li Ziqi sebelum mencapai puncak kejayaan.Penuh dengan onak ranjau dan kesedihan.

Ibu bapanya bercerai ketika dia masih kecil, ayahnya juga meninggal dunia ketika dia masih kecil.

Lalu dia pun tinggal bersama Datuk dan neneknya di kampung.

Datuk Li merupakan seorang tukang masak dan sering dipanggil untuk memasak apabila ada acara keramaian seperti perkahwinan atau perayaan.

Disitulah Li belajar memasak dan perihal kehidupan daripada datuknya. Termasuklah menanam, bertukang, menjahit dan sebagainya.

Pada usia 14 tahun, Li Ziqi berhenti sekolah kerana datuk neneknya yang semakin tua dan menjadi tanggungjawabnya untuk menyara mereka pula.

Dia pergi ke bandar untuk mencari pekerjaan. Pelbagai kerja yang dilakukannya, antaranya sebagai pelayan restoran, DJ kelab malam malah pernah menjadi ‘technician’ disana.

Dia selalu berlapar dan mengumpulkan wang agar dapat dihantar pulang ke kampungnya.

Apabila datuknya telah meninggal dunia, nenek Li merupakan dunianya.

Dia pulang ke kampung pada tahun 2012 utk menjaga neneknya yang semakin uzur dan menguruskan tanah di kg mereka.

Dia bercucuk tanam, menjaga ternakan, membanting tulang 4 kerat layaknya seorang petani dan menjaga neneknya yang kian dimamah usia.

Li berfikir bagaimana untuk mencari sumber kewangan yang lebih kerana kehidupan serba kekurangan mereka.

Sehinggalah dia mencuba untuk memuat naik video memasaknya di Meipai, laman video popular di China. Li menunjukkan video masakannya di kampung namun tidak mendapat sambutan.

Namun li tetap berusaha dengan memuat naik lebih banyak video sehinggalah dia mula dikenali ramai sebagai ‘oriental lifestyle foodie’ dimana videonya mula mendapat tontonan umum kerana keikhlasannya dalam memasak dan menunjukkan keindahan kampung halamannya di Sichuan, China.

Sebelum menjadi popular, Li merakam dan mengedit semua videonya sendiri tanpa ada bantuan.

Kadang-kadang Li akan meletak video di Pokok, di atas batu dan mana mana tempat sesuai agar kelihatan aktiviti yang dilakukannya.

Li juga akan mengedit semua sendiri dgn skill yang telah dipelajari di bandar apabila dia bekerja disana dahulu.

Kini Li mempunyai dua pembantu dalam membantunya mengambil video dan mengedit apabila sudah terlalu banyak proses suntingan perlu dilakukan.

Di dalam Video yang dimuat naik di Youtube, anda dapat saksikan Li membuat semuanya secara bersendirian tanpa ada bantuan.

Ya memang benar kerana Li merupakan seorang wanita yang sgt berdikari,dia mampu membuat set perabot sendiri dari pokok buluh, membuat pakaian sendiri dari bulu kambing dan ulat sutera.

Semuanya dilakukan dari mula sehingga akhir.

Video Li sangat kurang dalam percakapan kerana dia mahu para penonton merasai sendiri suasana spt bunyi alam sekitar, bunyi masakan yang mampu buat penonton berasa tenang dan seakan seperti dibawa menyelami keadaan di kampungnya.

Kini Li merupakan insan yang sangat popular di negaranya dgn anggaran pendapatan lebih RM7 juta setahun!!!

Sudah beberapa kali dinobatkan tokoh dan mendapatkan penghargaan dari negaranya.

Namun Li tetap merendah diri dan kurang mendedahkan dirinya selain memuat naik video di kampung bersama nenek tercinta.

Li telah mempunyai jenama sendiri dan kini ada ramai pengikut yg sentiasa tdk sabar untuk mengikuti perkembangannya.

Ramai pula yang membuka Channel Youtube mereka dengan menjadikan Li Ziqi sebagai inspirasi mereka. Sudahlah cantik, bijak dan sangat berdikari pula.

Rata rata yang suka menonton video Li menyifatkan bahawa Videonya sangat menenangkan hati, menghilangkan stress dan paling penting mengajar bahawa kita perlu selalu dekat dgn alam sekitar kerana alam merupakan kurniaan Tuhan yg perlu dipelihara.

Ramai yang meninggalkan komen utk menjadi spt Li, wanita yang menggunakan sepenuh kudratnya tanpa mengambil kesempatan atau menggunakan orang lain demi kepentingan peribadi.

Sebaliknya hanya ingin menjalani hidupnya dgn sebaik mungkin.

Semoga kisah ini menjadi iktibar dan pengajaran bagi kita semua bahawa seorang yg tabah dan gigih berusaha pasti akan berjaya di akhirnya.

Apatah lagi apabila mendapat berkat dari orang tua.

Copypaste

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*