Kisah Pengembala Kambing Dan Serigala…

Saiful adalah seorang pengembala kambing yang tinggal di sebuah kampung yang aman dan damai. Setiap pagi, orang kampung akan bangun awal pagi untuk bekerja. Sebagai pengembala kambing, Saiful akan membawa kambing kambingnya untuk meragut rumput.

Saiful yang masih muda sering kali bosan dengan pekerjaannya. Dia merasakan pekerjaannya tidak mempunyai apa apa cabaran. Dia hanya perlu membawa kambing kambing ini untuk pergi meragut rumput. Sampailah suatu hari, Saiful mendapat ilham untuk menghiburkan kehidupan hariannya.

Pagi ketika membawa kambing kambing nya makan, Saiful menjerit “Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong !” Saiful menjerit dengan sepenuh kekuatannya. Orang kampung yang mendengar jeritan Saiful, bergegas untuk membantu.

Setibanya orang kampung ditempat Saiful, mereka hairan kerana mereka tidak nampak walau seekor serigala pun. Dalam kebingungan, Saiful ketawa terbahak bahak. “HAHAHAHA. Aku main main sahaja. Mana ada serigala yang nak makan kambing aku. Tak sangka kamu semua percaya. HAHAHA.”

Ada yang marah, ada yang rasa kecewa. Orang kampung yang telah ditipu oleh Saiful, memberikan nasihat kepada Saiful agar tidak mengulangi perbuatannya itu. Saiful sedikit pun tidak rasa bersalah. Sebaliknya, dia merasakan dirinya telah melakukan sesuatu yang menghiburkan hatinya.

Hari esok tiba dengan pantas. Saiful membawa kambingnya meragut rumput. Dia yang kebosanan, sekali lagi menjerit meminta tolong.”Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong !” Orang kampung yang mendengar jeritan Saiful tetap bergegas hendak membantu Saiful walaupun mereka pernah ditipu oleh Saiful.

Setibanya orang kampung ditempat Saiful, mereka hairan kerana mereka tidak nampak walau seekor serigala pun. Mereka sedar mereka telah ditpu sekali lagi oleh Saiful. Saiful ketawa terbahak bahak. “HAHAHAHA. Aku main main sahaja. Mana ada serigala yang nak makan kambing aku. Tak sangka kamu semua percaya. HAHAHA.”

Orang kampung benar benar marah. Mereka terus bergegas meninggalkan Saiful dan kambing kambingnya. Saiful tidak menghiraukan penduduk kampung. Sebaliknya, dia bangga dapat menghiburkan hatinya untuk hari yang kedua. Dia tidak sedar, perbuatannya itu hanya akan memakan dirinya pada masa hadapan kelak.

Setelah beberapa minit kemudian. Saiful yang sedang gembira menjadi pucat. Kali ini dia betul betul nampak ada serigala yang datang menghampiri kambing kambingnya. Saiful yang lemah apabila keseorangan, hanya mampu meminta pertolongan orang kampung menghalau serigala ini daripada memakan kambing kambingnya.

“Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong !” Malangnya, penduduk kampung tidak menghiraukan jeritan Saiful. Saiful menjadi panik. “Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong ! Aku tidak tipu. Percayalah aku !” Namun tiada seorang pun yang datang untuk membantunya.

Kambing kambing Saiful selamat dimakan oleh serigala tersebut. Mujur Saiful selamat daripada menjadi makanan Serigala. Mungkin dek kerana Serigala sudah kenyang memakan semua kambing kambing Saiful. Saiful sedih. Saiful pelik. Kenapa orang kampung tidak datang membantunya ketika dia memerlukan pertolongan.

Barulah dia sedar. Dia dah mempermaikan hati dan perasaan orang orang kampung. Pada dasarnya, orang orang kampung ini percaya kepada Saiful. Mereka berusaha bersungguh sungguh untuk membantu Saiful ketika Saiful meminta tolong. Tetapi mereka ditipu oleh Saiful bukan satu tapi dua kali. Sehingga mereka tidak lagi percaya kepada Saiful.

Moral of the story: Jangan mempermainkan kepercayaan yang telah orang ada pada kita. Kelak kita yang akan menyesal pada masa akan datang. Tamat!

Download Panduan Lengkap Memulakan Ternakan Kambing

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*