Kompaun Ingkar SOP PKP Kini Dinaikkan RM10,000

Kompaun ingkar PKP naik RM10,000 mulai 11 Mac

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Orang ramai yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 berkuat kuasa 11 Mac.

Bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pula boleh d1kompaun sehingga RM50,000.

Menurut laman Pejabat Peguam Negara, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pen.cegahan dan Pengawalan Penyak1t Berjangk1t) (Pindaan) 2021.

Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pen.cegahan dan Pengawalan Penyak1t Berjangk1t (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangk1tan) 2020, memperuntukkan hukum.an maksimum pen.jara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.

Pada Januari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Susulan daripada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengesahkan bahawa draf cadangan kepada pejabat peguam negara (AGC) untuk menaikkan kompaun telah dibuat.

Perkara itu dilakukan dengan mengambil kira perkembangan ketikaCov1d-19 terdapat keperluan untuk meminda Akta 342 atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyak1t Berjangk1t 1988.

Ini kerana keperluan untuk meningkatkan kompaun tersebut kerana di bawah Akta 342, maksimum denda yang dikenakan ialah RM1,000 sahaja dan ia didraf pada tahun 1988.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my

Tujuannya adalah memberi kesedaran mengenai kepentingan pematuhan SOP. Nikai kom.paun RM10,000 disasar kepada SOP yang mengulangi kesalahan sama dan mengelakkan pelanggaran SOP berulang.

Penguatkuasaan kom.paun hanya boleh dikeluarkan oleh polis. Notis kom.paun berninai RM10,000 namun nilai sebenar bergantung kepada budi bicara PKD.

Pesalah diberikan masa dua minggu sahaja (2 minggu) untuk menyelesaikan kom.paun tersebut.

Diharap semua dapat mematuhi SOP selepas ini untuk mengelakkan dikenakan kom.paun. Tak susah pun kan ikut SOP, demi kebaikan semua pihak.

 

 

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*