Kucing Sakit, Hilang Selera Makan Boleh Di Rawat Dengan Rumput Ini

Nama rumput ni, RUMPUT PENDUL (kyllinga brevifolia)

Kalau ada kucing korang yang sakit Parvovirus (radang usus), Selsema atau demam, boleh berikan air rebusan rumput ini pada kucing tersebut.

Kucing yang hilang selera makan atau tak mahu makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ini.

Rumput ini biasanya tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembap. Ia tidak akan tumbuh dicelah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari,

Cara-cara buat air rebusan, cabut rumput ini bersama akarnya. Bersihkan tanah dari akar dan daun.

Kemudian patahkan sikit-sikit masukkan daun, batang dan akar kedalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang.

Bila kandungan air sudah jadi separuh, tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.

Bila sudah sejuk, bagi 10mil hingga 20mil pada kucing yang sakit setiap pagi dan malam.

Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya jangan lebih dua minggu. Hilang khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat semula.

Semoga bermanfaat.

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*