Lambakan buah tembikai: Harga jatuh hingga 80 sen sekilo

Aktiviti jualan di gerai di tepi Jalan Kuala Balah menuju ke bandar Jeli tidak rancak berikutan larangan perjalanan merentas daerah dan negeri. – Astr0 AWANI (Ganbar atas)

JELI: Pekebun tembikai di Kuala Balah, di sini, berdepan kerug1an ratusan ribu ringgit apabila tanaman mereka tidak dapat dipasarkan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP*).

Ini merupakan tahun kedua mereka mengalami kerugi*an susulan lambakan tembikai yang tidak dapat dijual akibat buah yang r0sak dan harga jatuh sehingga 80 sen sekilogram.

Aktiviti jualan di gerai di tepi Jalan Kuala Balah menuju ke bandar Jeli tidak rancak berikutan larangan perjalanan merentas daerah dan negeri.

Pekebun mendakwa, mereka mengeluarkan modal RM5,000 setiap seorang bagi mengusahakan kebun tembikai pada musim ini.

Susulan itu, Pegawai Pertanian Jajahan Jeli Norazreen Shamsudin berkata, pihaknya membantu mencari pemborong untuk memasarkan hasil pertanian pekebun tembikai yang mengikat k0ntrak dengan mereka.

Ia dilakukan dengan usaha Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Katanya, seramai 5o pekebun mengusahakan buah tembikai di kawasan Kuala Balah dan Lub0k B0ngor dengan keluasan 5o hektar.

Pekebun yang menanam tembikai sejak Mac dan April lalu itu dijangka menuai hasil sehingga 7 tan setiap se0rang tahun ini – BERNAMA

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*