Lebih had pekerja, kilang padi dik0mpaun RM10,000

AHMAD Adnan Basri (kanan) mendengar penerangan daripada anggota Imigresen semasa Op Pematuhan S0P PKP 3.0 di daerah Hilir Perak di Teluk Intan hari ini.

TELUK INTAN: Sebuah kilang pemprosesan padi di Langkap di sini, dik0mpaun RM10,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (S0P) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan beroperasi melebihi had kehadiran 60 peratus pekerja.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pemilik premis itu turut dik0mpaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) kerana tiada lesen menjalankan perniagaan yang diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, dua kesa*lahan itu dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan pihaknya dalam 0p Pematuhan S0P PKP 3.0 di daerah ini bermula pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.

“Dalam operasi ini, kita telah melakukan pemeriksaan terhadap 19 buah kilang dan mendapati terdapat sebuah kilang yang ber0perasi dengan had kehadiran lebih 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja.

“Kilang sama juga didapati tiada lesen perniagaan yang sah selain seorang pekerja sebuah kilang membuat pakaian turut dik0mpaun RM1,500 kerana gagal melakukan imbasan MySejahtera,” katanya ketika ditemui pemberita pada 0p Pematuhan S0P PKP 3.0 di sektor perkilangan dan pembuatan, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Adnan, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada kilang atau syarikat yang ber0perasi tanpa kebenaran atau diarah tutup.

Katanya, pihak kilang telah dinasihati agar memahami dan mengamalkan S0P ditetapkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pengilangan dan pembuatan sepanjang tempoh PKP.

“0perasi yang dijalankan ini bagi memastikan sektor pengilangan dan pembuatan mematuhi S0P yang ditetapkan oleh MITI dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Melalui operasi ini, kita memberi nasihat dan cadangan kepada pihak berkenaan bagi penambahbaikan pengurusan pencegahan jang*kitan C0vid-19 dalam kalangan pekerja,” katanya.

0perasi berakhir pukul 3 petang itu disertai polis, Kementerian Kesihatan (KKM), MPTI, MKN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). – UTUSAN ONLINE

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*