“Lejen Jual Sambal? Tak Malu Ke?” – Ini Jawapan Datuk Awie Buat Ramai Terdiam!

Vokalis kumpulan rock lagenda Wings, Datuk Awie tidak mengambil pusing cakap-cakap orang selepas mengambil keputusan untuk menghasilkan produk sambal keluarannya sendiri, R-WE.

Awie ketika ditemui Gempak berkata, walaupun bergelar selebriti legend, namun dia juga seperti orang lain yang perlu mencari rezeki untuk menambah pendapatan.

“Saya pun manusia biasa juga. Bayangkan masa PK,P kami penyanyi mana ada job. Jadi salah ke jika saya mencari sumber pendapatan lain untuk menampung perbelanjaan keluarga saya?

“Saya tidak pernah ambil pusing cakap-cakap orang sebab saya bukan buat salah pun. Saya cari duit secara halal”.

“Secara tidak langsung saya juga ingin membantu orang lain mencari sumber pendapatan tambahan dengan menjadi agen dan stokis R-WE,” ujarnya.

Awie berkata, produk makanan R-WE terdiri daripada empat variasi sambal iaitu Sambal Merah, Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin dan Sambal Ikan Kembung.

Selain sambal, R-WE juga turut mengeluarkan Kambing dan Ayam Perap.

Ketika ditanya mengenai idea untuk memulakan perniagaan sambal, Awie berkata segalanya bermula selepas berce,rai buat kali kedua.

“Semuanya bermula selepas saya berce,rai dan saya mula berdikari sendiri. Saya masak sendiri untuk anak-anak dan saya mula belajar memasak kerana anak-anak saya perlu makan.

“Saya rasa dalam banyak-banyak masakan, samballah yang paling saya pakar sebab saya sendiri pun memang hantu sambal.

“Jadi dari situlah semuanya bermula sehingga terhasilnya produk R-WE hari ini,” katanya.

Rentasasia: salute abam awie, kami doakan bisnes sambal awak terus laris dan menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia amin…

Sumber: https://gempak.com/berita-terkini/lejen-jual-sambal-tak-malu-ke-ini-jawapan-datuk-awie-48643

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*