Lelaki kunci kepala dalam sangkar untuk hentikan tabiat merokok

Setiap 0rang mempunyai cara tersendiri untuk menghentikan tabiat bu*ruk, tetapi usaha yang dilakukan seorang lelaki ini untuk menghentikan tabiat merokoknya mungkin dianggap agak ekst*rim.

Ibrahim Yücel dari Kütahya, Turki telah merokok dua bungkus rokok setiap hari sejak dia berusia 16 tahun selama lebih dua dekad.

Apabila ayahnya sendiri meni*nggal dunia akibat ba*rah paru-paru, Ibrahim tahu sudah tiba masanya untuk dia mengambil pengajaran dan berhenti merokok demi kesihatannya sendiri agar dia dapat hidup cukup lama untuk melihat keluarganya berkembang.


Walau bagaimanapun, berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah, dan berikutan percubaan-percubaan sebelumnya untuk membuang tabiat itu yang sentiasa ga*gal, dia terpaksa mengunakan cara ekst*rim dengan mengu*rung kepalanya di dalam helmet yang menyerupai sangkar burung.

Lelaki berkenaan mendapat inspirasi daripada topi keledar penunggang motosikal dan menghasilkan sangkar kepala itu sendiri menggunakan dawai tembaga sepanjang 130 kaki. Isterinya juga menyokong jalan penyelesaiannya itu walaupun pada mulanya prospek tersebut membuat dia ma*lu.

Setiap pagi sebelum Ibrahim pergi bekerja dia akan meninggalkan kunci sangkar tersebut dengan isteri dan anak-anaknya.

Melalui sangkar kepala berkenaan, lelaki itu hanya dapat memakan keropok melalui celah dawai dan juga menghirup minuman menggunakan straw jadi dia perlu membuka sangkar tersebut untuk makan.

Buat korang yang tidak boleh tinggalkan tabiat merokok, bolehlah cuba cara ini. Penulis pasti ini adalah penyelesaian yang berkesan!

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*