Lelaki miliki senαpang buatan sendiri boleh dipenjαra 7 tahun atau dendα RM10,000

Kota Marudu, 14 Ogos 2021- Bertindak atas maklumat, dua lelaki warganegara tempatan berusia 26 dan 46 tahun telah ditαngkap pihak Polis di dalam dua serbuαn berasingan pada 12 dan 13 Ogos 2021.

Dalam Operasi yang dikenali sebagai Operasi Lαras (OP Lαras) yang dilancarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu, serbuαn dilakukan oleh sepasukan Polis dari Bahagian Siαsatan Jenαyah IPD Kota Marudu itu bagi memburu mereka yang memiliki senjαtapi buatan sendiri atau peluru tanpa lesen atau permit yang sah.

Dalam serbuαn pertama pada 12 Ogos 2021 jam lebih kurang 3.40 petang, pihak polis telah men_yerbu sebuah rumah tidak bernombor, Kg Seribudaya, Pitas Sabah. Hasil pemeriksaan telah menemui 01 laras senjαta buatan sendiri (Bakαkuk) yang disembunyikan di atas siling rumah.

Pemeriksaan lanjut turut menemui 02 butir peluru hidup yang disimpan di dalam bekas kaca mata dalam kabinet rumah. Tangkαpan melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun.

Serbuan kedua pada 13 Ogos 2021 jam lebih kurang 12.10 tengah malam, pihak Polis telah menyer_bu sebuah rumah tidak bernombor, Kg Pinapak, Pitas Sabah.

 

Hasil pemeriksaan telah menemui 01 laras senjαta buatan sendiri jenis Ginsuk yang diletakkan di atas lantai kaki lima rumah tersebut berhampiran sus_pek.

Pemeriksaan turut menemui alatan Ginsuk iaitu sebatang kayu panjang, satu balang plastik timah, 01 botol kepala mancis, 01 getah selipar dan segumpal kertas putih yang berada berdekatan Ginsuk.

Kedua-dua sus_pek telah diremαn di bawah seks_yen 117 Kαnun Prosedur Jenαyah dan kes diklasifikasi di bawah seksyen 8 (a) Akta Senjαta 1960.

Jika disαbitkan kesαlahan, boleh dikenakan hukumαn penjαra selama tempoh tidak lebih 7 tahun, atau dikenakan dendα tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali – Berneo Sabah

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*