Lelaki selamat selepas ditelan paus

Gambar bawah – Parkard berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami kerosakan tisu lembut pada kaki selepas ditelan paus kelasa. – Parkard Family

B0ST0N – Seorang lelaki seperti mendapat nyawa kedua apabila paus kelasa atau humpback whale yang menelannya selama 30 saat kembali memun*tahkan ‘hidangan’ itu,” lap0r akhbar Daily Star, kelmarin.

Michael Parkard,56, yang pada waktu itu sedang mengutip udang galah yang dipancing di pinggir laut Provincetown, Massachusetts memberitahu pandangannya tiba2 berubah gelap.

Parkard tidak mengambil masa lama untuk menyedari dia telah ditelan seekor haiwan yg disangka ikan jerung putih.

Namun begitu, dia berasa agak pelik kerana tidak dapat merasakan sebarang gigi tajam di sekeliling badannya lalu mula terlintas bahawa dia sebenarnya berada dlm perut paus.

“Saya dapat merasakan paus itu sedang menelan saya dan saya sedang bergerak perlahan-lahan dlm perutnya.

“Pada ketika itu, saya hanya mampu berfikir, baiklah, sudah tiba masanya untuk saya ma*ti,” katanya kepada WBZ-TV.

Paus kelasa menelan Michael Parkard selama 30 saat sebelum memun*tahkannya keluar ke dalam air. – Getty Images

Selepas kira-kira 30 hingga 40 saat, paus tersebut timbul ke permukaan dan Parkard dapat melihat sinaran cahaya matahari.

Lelaki itu akhirnya dimun*tahkan semula oleh paus itu selepas gagal dihadam dan berjaya ditarik masuk ke dalam bot oleh rakannya, J0siah Mayo yang tergamam dengan kejadian pantas tersebut.

Parkard dikejarkan ke pusat perubatan Provincetown dan dirawat akibat ker0sakan tisu lembut pada kakinya tetapi tidak mempunyai sebarang kecederaan serius atau pa*tah tulang. – Agensi

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*