Lelaki tidak pernah jumpa wanita selama 41 tahun

Ho hidup dalam hutan bersama ayah dan adiknya selama 41 tahun. – Docastaway

HAN0I – Seorang lelaki dari Vietnam digelar Tarzan moden apabila menghabiskan masa 41 tahun hidup di dalam hutan, lapor portal DNA, semalam.

Ho Van Lang, 46, bersama ayahnya dan adiknya, Tri lari ke dalam hutan pada 1972 apabila Pe’rang Vietnam tercetus.

Disebabkan hidup ditemani dua lelaki, Ho tidak pernah bertemu wanita dan didakwa tidak mempunyai sebarang na’fsu pada jantina berbeza.

Pada 2015, keluarga ini diselamatkan oleh kerajaan tempatan dan diberikan penempatan di sebuah kampung kecil di Vietnam.

Namun begitu, menurut seorang jurugambar yang pernah bertemu Ho, Alvaro Cerezo berkata lelaki itu masih berdepan masalah membezakan antara lelaki dan wanita kerana menganggap keduanya sama sahaja.

“Ho juga seorang yang sangat lurus dan tidak tahu antara baik atau bu’ruk. Jika ada yang menyuruh dia mem’ukul orang, dia akan melakukannya tanpa banyak soalan.

“Wajahnya juga masih kelihatan seperti kanak-kanak kerana menghabiskan hampir seluruh hayatnya di dalam hutan,” kata Cerez0. – Agensi

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*