Lipoma Perlu Dibuang – Cara Merawat Menggunakan Daun Pokok Kapal Terbang

1. Lipoma adalah benjolan lemak yang tumbuh secara perlahan-lahan di antara kulit dan lapisan otot. Jika ditekan dengan jari, lipoma terasa lunak dan mudah untuk digoyangkan. Lipoma tidak terasa sakit bila ditekan.

2. Benjolan Lipoma perlu dibuang atau dibedah kerana ia tidak akan hilang begitu sahaja. Ini petua orang lama, anda boleh cuba cara ini InshaAllah.

3. Ambil beberapa helai daun pokok kapal terbang dan ditumbuk lumat, dicampurkan dengan sedikit kapur makan dan disapukan pada ketulan atau benjolan tersebut.

4. Dengan kuasa Allah, lebih kurang beberapa jam, lihat ketulan itu mula surut, pecah sedikit dan mengeluarkan nanah. Tidak terasa sakit melainkan apabila dipicit atau ditekan pada tempat tersebut.

5. Pokok Kapal Terbang atau nama saintifiknya Eupatorium odoratum juga dikenali sebagai Pokok Jerman adalah  tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Dari segi perubatan tradisional ia digunakan ubat penahan darah.

6. Apapun, anda disarankan untuk berjumpa doktor bila ada benjolan dibahagian tubuh mana pun, samaada saiz kecil atau besar, lunak atau keras, dapat digerakkan atau tidak, serta terasa sakit atau tidak. Wajib. Jangan tunggu hingga melarat.

Semoga bermanfaat – Ana Mahabu

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*