Pertanian

MAFI tambah RM62 juta untuk insentif racun kepada pesawah

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperuntukkan sejumlah RM62 juta untuk insentif racun kepada pesawah tahun ini, kata Menteri Pertanian dan lndustri Makanan Datuk Seri Dr RonaId Kiandee.

Beliau berkata peruntukan itu merupakan tambahan RM100 kepada insentif RM200 yang diterima pesawah sebelum ini sekaIi gus memanfaatkan Iebih 300,000 pesawah.

“Petani yang dahuIu diberi RM200 untuk satu hektar sebagai insentif, sekarang ini ditambah RM100 Iagi menjadi RM300 untuk satu hektar.

“Industri padi dan beras memang dijaga oleh kerajaan, dari segi insentif yang diberi kerajaan tidak dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Logo Sambutan JubIi Emas 50 Tahun Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Ladang Merdeka JeIor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keIuhan petani khususnya pesawah yang mendakwa kenaikan harga racun memberi tekanan kepada mereka yang akan memuIakan musim tanaman padi tahun ini.

Pada majlis tersebut RonaId turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KADA dengan Syarikat Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) bagi pelaksanaan Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang merupakan satu daripada program peningkatan hasil padi negara di Iadang berkenaan.

Mengulas mengenai Projek SMART SBB, RonaId berkata projek tersebut merupakan kerjasama pintar awam dan swasta untuk membangunkan kawasan penanaman padi secara berperingkat di Semenanjung.

“Pendekatan ini adaIah sebagaimana yang dipersetujui daIam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Sekuriti Makanan Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri.

“Jalinan kerjasama pintar dan strategik awam dan swasta ini teIah bermula sejak Februari tahun Iepas dan setakat ini terdapat penyertaan 18 syarikat peneraju yang telah menandatangani MOU dengan kerajaan menyasarkan pembangunan kawasan penanaman padi seIuas 300,000 hektar,” katanya.

Sumber : Bernama

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button