Majikan Bayar Gaji Terakhir Pekerja Dengan Duit Syiling Bersalut Minyak

Seorang lelaki dari Georgia kecewa apabila majikannya membayar gaji terakhirnya dalam bentuk duit syiling selepas dia berhenti kerja kerana tidak tahan dengan persekitaran di tempat kerjanya.

Andreas Flaten menyifatkan majikannya sebagai bersikap kebudak-budakan hanya kerana dia terlalu acakecewa apabila Andreas mengkhabarkan bahawa dia akan berhenti kerja di syarikat tersebut.

Menurut Andreas, majikannya Miles Walker sangat terkejut dengan notis dua minggu yang diserahkan sehingga lelaki itu terkedu dan tercengang ke arahnya selama beberapa minit, sebelum keluar dari bilik pejabat sambil memegang kepalanya lalu menghilangkan diri.

Andreas menjangka untuk menerima cek terakhir setelah tempoh perkhidmatannya di syarikat itu berakhir, tetapi apabila cek bernilai $ 915 (RM 3,785.81) yang patut dibayar kepadanya tidak sampai, Andreas menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Georgia untuk mendapatkan bantuan.

Syarikat itu terus menahan gaji Andreas hingga pertengahan bulan ini, sehinggalah suatu hari apabila dia keluar rumah dan menemui satu longgokan duit syiling berlendir di depan rumahnya.

Majikan bayar gaji terakhir lelaki ini dengan duit syiling bersalut minyak

Duit syiling itu kelihatan seperti bersalut dengan minyak dan slip gajinya dijumpai di dalam sebuah sampul surat yang bertulis: ‘f *c.k you.’

Lelaki itu kemudiannya mengumpulkan duit-duit syiling tersebut menggunakan kereta sorong di garajnya dan menghabiskan masa bermalam-malam untuk membersihkan duit berminyak itu dengan larutan sabun pinggan, cuka, dan air.

Apabila ditemui untuk mendapatkan penjelasan, majikannya Miles berkata dia tidak ingat melakukan insiden itu, dan berkata bahawa apa yang penting adalah gaji bekas pekerjanya itu telah dibayar – Sumber FOX 13 NEWS

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*