Makan Durian Boleh Membunuh? Biar Betul?!! – 4 Mitos Karut tentang Durian

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan Empat Mitos tentang Durian. Jangan terkejut, Ada di antara mitos ini tidak benar sama sekali tau.

1. Durian banyak Kolestrol
Ini adalah tidak benar sama sekali ya! Sebenarnya Durian adalah kosong kolestrol. Kolestrol hanya ditemui di makanan yang mengandungi lemak tepu sebagai contoh, daging merah, makanan laun dan makanan tenusu. Durian mempunyai lemak yang tidak tepu dimana ianya membantu merendahkan kadar Kolestrol LDL di dalam badan kita.

2. Makan Manggis bersama Durian bagi mengurangkan panas dalam
Menurut Kebijaksanaan Cina Kovensional, manggis merupakan buah yang menjadi ejen penyejuk. Ianya dapat mengurangkan panas dalam yang dihasilkan setelah menjamu durian. Namun, sehingga ke hari ini, belum ada lagi kajian saintifik berkenaan perkara ini. Ianya menjadi tabiat orang kita memakan durian bersama manggis mungkin kerana kedua jenis buah ini tumbuh dan berbuah pada waktu yang sama.

3. Makan Durian bersama air Alkohol boleh membunuh
Rupa-rupanya, kombinasi durian dan minuman Alkohol tidak dapat membunuh seseorang. Kombinasi ini memang agak berbahaya kerana kedua-dua bahan ini mempunyai kandungan gas yang agak tinggi. Namun, tidaklah sampai tahap boleh membunuh seseorang itu. Antara kesan sekiranya makan durian lalu meminum Alkohol, anda akan berasa mabuk, mual dan pening-pening sahaja.

4. Makan Durian boleh menaikkan Libido (Keghairahan Seksual)
Ramai yang beranggapan bahawa dengan makan durian dapat meningkatkan keghairahan dalam hubungan seksual. Namun, pernyataan ini telah dibantah oleh beberapa ahli kesihatan. Menurut mereka, tiada kajian yang membuktikan bahawa memakan durian dapat menaikkan Libido.

Bagi mengurangkan rasa panas dalam setelah makan durian, anda boleh cuba letakkan air mineral di dalam kulit durian lalu meminumnya. InshaAllah membantu menghilangkan rasa panas itu.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, silakan SHARE di Facebook.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*