Makan durian sambil karaoke di kebun durian, Jamal Abdilah tak mahu kecilkan hati orang…

GARA-GARA memenuhi pelawaan untuk makan durian sambil berkaraoke, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah kini dis’iasat polis atas dakwaan me1anggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana menyertai satu majlis sosial.

Cerita Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, dia berada di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor, Perak pada Jumaat lalu bagi mendapatkan baja untuk bisnes kolam ikan yang diusahakannya.

“Betul itu adalah saya, jadi saya nak mohon maaf kepada semua kerana terleka.

“Sebenarnya saya ke sana kerana urusan untuk dapatkan baja untuk kolam ikan.

“Lepas itu kawan-kawan yang ada dusun durian ajak saya makan durian, saya ikut la. 0rang jemput makan takkan saya nak tolak… hanya singgah sekejap je,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Perkongsian netizen di Twitter yang mempertikaikan tindakan penyanyi itu.

Terdahulu tular di media sosial beberapa foto jamal bersama sekumpulan individu sedang menikmati durian dan sambil berkaraoke hingga mencetuskan kema’rahan ramai.

Susulan itu Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan berkata, pihaknya akan mendapatkan keterangan Jamal dan beberapa individu lain dipercayai peniaga dan penduduk kampung bagi membantu sia’satan.

Saya tak tahu dekat situ ada orang lain, jadi apabila orang lihat saya… tiba-tiba ramai datang berkumpul.

Berhubung suasana seperti sedang berpesta kerana dia dilihat turut menghiburkan peminat, Jamal berkata ia berlaku secara kebetulan.

“Kebetulan tempat tu ada set karaoke, sambil makan… saya menyanyi.

“Sebelum tu saya pakai pelitup muka tapi apabila nak makan dan nyanyi, saya letak tepi,” katanya.

Dalam pada penyanyi lagu Belenggu Rindu ini berkata dia sedia memberi kerjasama dan akan hadir ke Balai Polis Tapah kira-kira pukul 2 petang Ahad.

Tambah Jamal, dia juga tidak menyangka persinggahannya itu mengundang masalah apabila secara tidak langsung menarik perhatian penduduk kampung untuk turut serta.

Datuk Jamal akan tampil memberi keterangan polis pada petang Ahad.

“Saya tak tahu dekat situ ada orang lain, jadi apabila orang lihat saya… tiba-tiba ramai datang berkumpul.

“Saya akui memang sa1ah sebab terlepas pandang. Saya hanya memenuhi hasrat orang, tak mahu kecilkan hati orang,” katanya – mStar Online

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*