Makan Ulam Raja boleh Kuatkan Tulang – Petua Orang Dulu

Ramai yang tidak tahu sebenarnya, pokok Ulam Raja ini ada banyak khasiatnya. Nama botanikal bagi Ulam Raja adalah, Cosmos Caudatus.

Ianya sejenis pokok species berbunga. Ulam raja mempunyai bunga berwarna ungu atau pink dan sering bunganya dijadikan ulam.

Berdasarkan kajian ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Herba ini adalah herba bermusim dan boleh mencapai ketinggian hampir 2 meter. Ianya sangat mudah membiak dan apabila daunnya diramas, ia akan mengeluarkan bau.

Ulam raja sangat mudah untuk ditanam sama ada di dalam pasu atau di sekitar halaman rumah. Daun ini sering digunakan untuk perubatan sejak zaman dulu lagi.

Ianya bagus untuk memperbaiki peredaran dan mencuci darah. Ianya jugak dapat menguatkan tulang. Ulam ini mempunyai keupayaaan antioksida yang tinggi.

Jadi bagi sesiapa penggemar ulam, pasti mengenali Ulam Raja ini.

Artikel ini dipetik dari Impiana dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*