Malaysia memiliki gunung berapi di Tawau, pernah mletus ribuan tahun yg lalu

Gunung Maria di Tawau merupakan sebuah gunung berapi tidak aktif

Gunung Maria merupakan sebuah gunung berapi pendam yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia.

Gunung Maria mempunyai ketinggian setinggi 1,096 meter. Ia adalah daripada jenis gunung berapi “Pyr0clastic C0ne” dan berstatus “PreHolecene” iaitu gunung berapi yang berusia lebih daripada 12,000 tahun (keatas).

Gunung Maria terkel0mpok berhampiran dengan Gunung Lucia, dan Gunung Magdalena yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau, Sabah.

Selain Gunung Maria, terdapat beberapa lagi gunung di sekelilingnya yang merupakan bekas gunung berapi purba iaitu Gunung Bombalai, Qu0in, Andrassy, Wullersdorf, Bukit Table, Bukit Tiger dan Bukit Tinagat.

Gunung berapi tunggal di Malaysia ditemui di dalam Lingkaran Gunung Berapi di Semenanjung Semp0rna dan terletak di Tawau Hills National Park di Sabah.

Gunung Bombalai mempunyai kawah 300 meter lebar dengan ketinggian 531 meter bersamaan 1742 kaki dan dua aliran la*vanya mengalir ke dataran pantai yang berdekatan.

Malaysia memiliki gugusan gunung berapi, itu adalah fakta yang tidak mungkin anda temui di dalam buku teks di sekolah. Hanya kajian lanjut diperingkat pengajian tinggi mendedahkan perkara ini.

Semenanjung Semp0rna bertapak di atas gugusan lapisan tebal batuan yang mengalir di bawahnya aliran la*va dan batuan gunung berapi.

Kajian topography menunjukkan kawasan di bahagian Tenggara, Sabah itu meliputi pergunungan Andrassy, Lucia, Maria, Wullersdorf dan Magdalena terbentuk mengunjur dari gugusan gunung berapi dari rantau Sulu, Filipina.

Gunung ini diberi nama Gunung Maria, dikelaskan sebagai gunung berapi tidak aktif terletak di wilayah B0mbalai, dalam daerah Tawau dengan ketinggian 1,067 meter dari aras laut.

Gunung Maria adalah jenis gunung berapi “Pyroclastic C0ne” dan berstatus “Preholecene” iaitu berusia melebihi 12,000 tahun.

Terdapat banyak gunung dan bukit kecil di dalam gugusan gunung berapi di Tawau termasuklah Bukit Gem0k.

Struktur semulajadi sebegini terbentuk apabila lava basalt mula menyejuk pada dasar lautan.

Bukit Gemok umumnya adalah sebuah bukit curam disamping beberapa dataran landai. Puncak bukit ini berada di paras 396m dari aras laut.

Senarai bukit dan gunung yang berada dalam gugusan ini di daerah Tawau termasuklah:-

Gunung Tiger, Gunung B0mbalai, Gunung Andrassy, Gunung Maria, Gunung Lucia, Gunung Magdalena
, Quion Hill, Gunung Wullersd0rf, Gunung Tagasan, Gunung Glas
– Tengah Hill dan Kukusan Hill.

Gunung berapi tidak aktif berhampiran Semporna ialah Gunung P0ck dan Gunung C0nner.

Pulau Boheydulong dan Pulau Tetagan dekat Semp0rna juga merupakan sebahagian dari gugusan gunung berapi tidak aktif.

Gunung Magdalena berketinggian 1,208 meter dari aras laut merupakan gunung tertinggi di gugusan itu.

Sumber http://geology.um.edu.my/gsmpub…/BGSM/bgsm56/bgsm2010012.pdf

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*