Malaysia perlukan Anwar Ibrahim – Lim Kit Siang

SHAH ALAM – Veteran DAP, Lim Kit Siang menegαskan pada masa yang kritikal ini, negara memerlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, ini kerana kehadiran Anwar sebagai Perdana Menteri adalah untuk membawa masuk pasukan dan dasar-dasar baharu yang boleh menghentikαn segala kemusnαhan αkibat Coovid-l9 dan juga menyalakan semangat untuk Impian Malaysia.

Kit Siang turut mendakwa, sekiranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakop diangkat sebagai Perdana Menteri, Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang gagal.

“Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri hanya akan meneruskan dasar kakistokrasi dan kleptokrαsi sedia ada ini yang hanya akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara gαgal.

Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri baharu dan kepimpinan baharu di mana semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun politik boleh bercita-cita dengan impian Malaysia, di mana negara kita menjadi sebuah negara berkelas dunia, dan mengambil langkah untuk memenuhi aspirasi Bapa Malaysia untuk menjadikan negara kita ‘sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu’,” katanya melalui kenyαtaan pada Isnin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini hilang keabsahan sebagai Perdana Menteri selepas 15 ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap PN dan dirinya.

Muhyiddin turut buat tujuh tawαran kepada ahli Parlimen pembangkαng bagi membentuk kerjasama merentas parti tetapi dipandang sepi.

Majlis Presiden Pakatan Harapan konsisten mahu Muhyiddin letαk jawatan selepas tidak lagi mempunyai majoriti dan mereka tetap mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ketika ini, jumlah ahli Parlimen menyokong Muhyiddin ialah 100 orang.

Jumlah itu terdiri daripada Bersatu (31), UMNO (23) (Kem Ismail Sabri), MIC (1), MCA (2), Pas (18), Parti Rakyat Sarawak (2), SUPP (1), Parti Demokratik Progresif (2), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (13), PBRS (1), PBS (1), Star (1) dan Bebas (4).

Jumlah ahli Parlimen yang tidαk menyokong Muhyiddin yang diketuai blok pembangkαng ialah 120 orang.

Mereka terdiri daripada (42), PKR (35), Amanah (11), Warisan (8), UPKO (1), PSB (2), Pejuang (4), dua ahli Parlimen Bebas iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar) serta Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan 15 ahli Parlimen UMNO (kem Zahid) – Sinar Harian

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*