Manfaat Bawang Putih

Selain menjadi perasa yang wajib digunakan dalam masakan, banyak sebenarnya kegunaan lain bawang putih ni! Bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalaman tetapi bawang putih juga banyak digunakan sebagai penjagaan kesihatan dan kecantikan luaran.

Tahukah anda, bahawa bawang putih mampu untuk memberi anda manfaat seperti di bawah:

CARA MENGUNAKAN BAWANG PUTIH UNTUK MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT.

1. Lemah Urat
Ambil 7 ulas bawang putih di kopek kulitnya, cuci bersih, rebus 3 cawan air sehingga mendidih. Setelah sejuk tapis, lalu minum tiga kali sehari.

2. Usus Keras
Ambil 5 ulas bawang putih dibakar, dikupas kulitnya lalu dimakan. Sila lakukan dua kali sehari.

3. Anti Kanser
Cara 1:
Bakar 5 ulas bawang putih, kupas kulitnya lalu makan. Sila lakukan 2 kali sehari.

Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih, rendam dalam air panas selama 10 minit. Kemudian makan lakukan dua kali sehari.

4. Anti Penuaan/Awet Muda
Bakar 15 bawang putih yang sudah dikupas kulitnya, kemudian makan. Lakukan dua kali sehari.

5. Kecacingan atau Cirit Birit
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih, kunyah kemudian hisap air bawang.

Cara 2 :
Kupas 3 ulas bawang putih, cuci, kunyah sehingga lumat dan telan. Kemudian minum air suam. Lakukan 1 hingga 2 kali sehari.

6. Kulit Muka Berbintik Hitam
Kupas bawang putih tumbuk campurkan dengan minyak badam kemudian sapu pada bahagian muka yang berbintik hitam dan Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air bersih.

 

7. Jerawat
Kupas kulit bawang putih hiris nipis, letakkan pada wajah yang berjerawat. Biarkan selama berapa minit sebelum bilas dengan air bersih. Lakukan sehingga jerawat hilang.

8. Lemah Daya Ingatan
Bakar 5 ulas bawang putih, kupas kulitnya lalu makan. Amalkan 2 kali sehari.

9. Sakit Otak Dan Saraf
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih, tumbuk, campur sedikit dengan madu kemudian pupuk ke atas urat di belakang leher sehingga tulang belakang berserta tulang rusuk.

Cara 2:
Makan sebiji bawang putih bersama susu lembu asli tiap pagi. Amalkan setiap hari.

10. Cirit-Birit
Cara 1:
Kupas kulit 2 ulas bawang putih, cuci kemudian rebus dengan segelas air. Setelah sejuk, minum air rebusan sebelum makan. Lakukan 3 kali sehari sehingga sembuh.

Cara 2:
Kupas 5 ulas bawang putih, rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan sebanyak dua kali sehari.

Cara 3:
Kupas kulit kunyit segar, bawang besar dan bawang putih selalu rebus. Minum air rebusan tersebut.

Cara 4:
Bakar 5 ulas bawang putih, kupas kulitnya dan makan. Amalkan dua kali sehari.

Selamat Mencuba!

Kredit: Facebook

About Sifudurian 298 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*