Manfaat Bercucuk Tanam Secara Hidroponik – Sesuai Untuk Mereka Yang tiada Masa

1. Bagi surirumah ataupun sesiapa sahaja yang berminat untuk bercucuk tanam tapi tak punya banyak masa untuk menjaga tanaman, harini Admin nak kongsikan kenapa korang perlu cuba tanaman secara hidroponik ni.

2. Hidroponik merupakan satu kaedah tanaman yang hanya menggunakan air tanpa tanah dan dapatk menghasilkan sayuran yang segar dan sihat.

3. Kaedah hidroponik sangat mudah kerana ianya hanya memerlukan air, baja dan bekas hidroponik.

4. Antaranya sayuran yang sesuai ditanam menggunakan kaedah ini adalah sayur kailan, pak choy, salad, bayam dan banyak lagi.

5. Bagi mereka yang tidak suka akan becak dan kotoran, dengan kaedah ini anda tak perlu risau tentang pasir dan tanah kotor. Malahan, kesemua sayur boleh dimakan tanpa rasa ragu-ragu kerana akarnya tidak menyentuh pasir atau tanah.

6. Selain itu, anda dapat menjimatkan air kerana kaedah hidroponik ini tidak memerlukan anda untuk menyiram pokok setiap hari. Kalau pergi kerja atau melancong tak perlu risau lagi tentang tanaman dirumah.

7. Tahukah anda? Dengan teknik hidroponik ini, air dan baja dapat menyerap dengan lebih sempurna oleh sayur. Pokok mendapat nutrisi sepenuhnya kerana baja yang diletakkan tidak mengalami larutan resap dimana dapat mengelakkan pembaziran baja dan sayur yang ditanam juga tidak perlu bersaing dengan pokok liar lain.

8. Bagi mereka yang hidup bujang dan sukakan aktiviti pertanian dan penanaman, kaedah ini sangat sesuai kerana tidak memerlukan ramai tenaga kerja. Ianya juga menjimatkan bagi pengusaha tanaman yang baru berjinak-jinak dalam dunia pertanian.

9. Ruangan bagi penanaman hidpronik ini sesuai dilakukan di kawasan yang sempit dan keluasan tanah yang kecil. Banyak perkara yang dapat dijimatkan sekiranya anda menggunakan teknik ini.

10. Akhir sekali, kaedah ini juga mesra alam sekitar dimana ia tidak menggunakan racun serangga yang berbahaya.

Artikel ini dipetik dari Tajria dan ditulis semula oleh Sifu Durian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*