Manfaat Pokok Tasbih

Pokok Tasbih atau juga dikenali sebagai pokok Jelai mempunyai khasiat yang ramai tidak tahu, walaupun petua ini semakin dilupakan, ianya masih mujarab untuk merawat pelbagai penyakit.

Di kampung kampung herba ini selalunya digunakan untuk mengubat sakit kepala dan migrain.

Caranya adalah, keseluruhan pokok dibersihkan sebelum di cincang dan direndam dalam air panas, pesakit akan dimandikan dengan dengan air rendaman ini setelah suam.

Akarnya juga mampu mengubat demam kuning, caranya ialah dengan merebus 15 gram akarnya hingga air rebusan tinggal setengah, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari, pesakit perlu minum banyak air masak ketika mengamalkan air rebusan ini.

Untuk batu karang pula, 5 gram daunnya dijadikan teh dan diminum dan diamalkan selalu hingga masalah batu karang sembuh atau hilang.

Tambahkan daun hingga 10 gram untuk mengubat jangkitan pundi kencing dan kencing kotor dan diambil dengan cara yang sama.

Untuk masaalah sendi pula 30 gram buahnya yang tua hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya ketika sakit-sakit sendi.

Selain itu, air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit serta menjadi penawar pada sakit cirit birit.

Pastikan air rebusan buahnya adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk direbus.

Zaman sekarang ini sudah amat sukar untuk kita menemui tumbuhan ini apakah sudah kepupusan dek kerana pembangunan yang semakin pesat, persekitaran dan sebagainya.

Apapun tumbuhan ini tetap mengembalikan nostalgia zaman silam semasa kanak kanak dulu, Selalu mengutip buahnya dijadikan mainan dan sebagainya.

Ada juga yang kreatif dijadikan tirai dipintu disulam memanjang dijadikan sebagai hiasan dimuka pintu. Bahkan ada yang menyulam sebagai gelang dan rantai. Selain itu buahnya disulam dan disusun sebagai untaian tasbih.

Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai maklumat saja. Jangan lupa kongsikan jika ianya bermanfaat. Terima kasih.

Sumber dari facebook.

About Sifudurian 316 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*