Masalah Cirit Birit Hilang dengan Pokok Senduduk – Petua dan Khasiatnya

1. Harini Min nak kongsi tentang pokok senduduk yang Min tanam. Pokok tumbuh dengan elok dan segar. Pokok Senduduk memang sejenis tumbuhan yang sangat berguna dalam alam perubatan tradisional.

2. Orang zaman dulu sudah menggunakan daun senduduk untuk mengubati luka dan memberhentikan aliran darah dengan mengunyah daun senduduk dan meletakkan di tempat yang luka.

3. Kajian klinikal juga menunjukkan daun senduduk muda mampu menghentikan masalah cirit birit. Daun senduduk yang direbus bersama halia dan diminum semasa suam panas.

4. Ianya juga dapat mengurangkan penyakit keputihan wanita.

5. Paling dahsyat adalah mampu menghilangkan parut cacar hanya menggunakan daun bersama akar senduduk yang digiling dan ditampal kepada parut bekas cacar tersebut.

6. Daun senduduk kering yang direbus dengan air panas dan diminum sepanjang pantang bagi wanita bersalin sangat baik untuk mengecutkan rahim sehingga habis waktu pantang.

7. Amalan meminum air rebusan senduduk juga membantu menjadi penawar kepada penyakit buasir. Rebusan air, batang dan akar senduduk suam yang diminum suam-suam juga mempunyai keupayaan mengurangkan sakit gigi jika dikumur-kumur. Air tersebut juga mampu mengurangkan lenguh2 badan dan sakit sendi jika diamalkan.

Banyakkan khasiat pokok senduduk? Apalagi jomlah tanam!

Artikel ini dipetik dari AnimAgro dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*