Matang 6 Bulan, Harga Mencecah RM15 Sekilogram – TIPS Dan Potensi Ternakan Ikan Talapia Merah

Terdapat sejenis ikan talapia yang sangat popular di Malaysia iaitu Talapia Merah. Ikan Talapia Merah atau nama saintifiknya adalah Oreochromis Niloticus sangat disukai dan menjadi kegemaran penternak kolam air tawar.

Penternak boleh mendapatkan khidmat nasihat bagaimana untuk menternak ikan talapia merah di jabatan penternakan. Ternakan ikan talapia merah dalam sangkar dan dalam sistem kolam kanvas mampu memberikan keuntungan dan hasil yang sangat lumayan.

1. Pengurusan anak ikan talapia secara betul dan sempurna mampu mengurangkan kos pengeluaran dan memendekkan tempoh masa ternakan kepada 5-6 bulan sahaja. Anak ikan yang berusia 2-3 bulan bersaiz 50-70gm seekor sangat sesuai untuk dipindahkan ke dalam sangkar ternakan. Dengan cara ini, anda dapt meminimakan peratus kematian anak ikan.

2. Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh sebelum dilepaskan ke kolam ternakan. Tujuannya adalah untuk memilih ikan yang sihat, cepat membesar dan mempunyai saiz yang seragam (Purata berat sekitar 50-70 gm seekor.) Baka benih mesti diperolehi dari jenis F1. Anak ikan talapia dari generasi lama tidak disarankan untuk dijadikan anak benih.

3. Kadar pelepasan benih (stocking rate) bergantung kepada pembesaran saiz ikan tersebut di pasaran. Ikan talapia merah yang bersaiz 2.5-5.0cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kadar pelepasan pada peringkat asuhan antara 3000-4000 ekor satu sangkar.

4. Bagi saliran air, pastikan aliran air yang sempurna dalam kolam tersebut kerana ia dapat membantu tumbesaran anak ikan talapia. Manakala bagi kadar pemakanan ikan pula mestilah diubah setiap bulan mengambil kira berat badan ikan di dalam sangkar. Caranya adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan talapia dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor. Jumlah makan dikira 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.

5. Penuaian ikan talapia bermula apabila ikan tersebut mencapai purata berat 500-600gm seekor. Kadar tumbesaran bergantung kepada kuantiti makanan yang diberikan, kualiti air , kadar stok dalam sangkar dan serangan perosak.

6. Ikan yang bersaiz 600g keatas sesuai untuk pasaran restoran , manakala ikan bersaiz 450-500g sangat sesuai untuk dipasarkan di pasaran tempatan (pasar malam/pasar tani). Kadar pelepasan ikan tersebut adalah 650-850 ekor dan anggaran hasil tuainya adalah 350-400kg sesangkar.

7. Anda digalakkan untuk melakukan proses penuaian dengan keadaan baik. Hal ini untuk mengelakkan ikan terkejut atau stress. Terdapat dua kaedah pemasaran ikan talapia merah iaitu dijual secara hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga yang lebih tinggi berbanding ikan mati. Harga jualan borong adalah RM4.00-RM4.50 sekilo manakala RM5.00-RM15.00 sekilo bagi harga runcit.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, sila SHARE di FACEBOOK -sifudurian

Sumber : Amin Agro Tech

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*