Mehmed Durakovic Mula Rindukan Keluarga

Mehmed Durakovic Mula Rindukan Keluarga

Liga Malaysia telah ditangguh secara rasmi pada 15 march 2020 dimana semua perlawanan tidak akan dilangsungkan bagi membendung penularan wabak covid 19 dalam kalangan pemain, pegawai dan penyokong bolasepak. Ia juga menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan satu perhimpunan melibatkan ramai orang bagi memutuskan rantaian penyebaran wabak ini.

Selain itu, Malaysia juga telah membuat sekatan bagi kemasukkan warga asing ke dalam negara. Ramai yang terkesan dengan perintah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia ini. Antara yang terkesan dengan perintah ini adalah keluarga jurulatih pasukan Perak Mehmed Durakovic.

Beliau mengatakan sepatutnya keluarga beliau akan datang ke Malaysia pada musim cuti sekolah musim luruh untuk bersama-sama dengannya di Malaysia. Namun disebabkan Perintah kawalan pergerakkan yang dijalankan ini menyebabkan keluarganya tidak dapat ke Malaysia.

Jurulatih ini mengatakan bahawasanya beliau sangat merindukan keluarganya untuk berada di sisinya. Namun perkara itu tidak dapat dilaksanakan. Dalam masa yang sama beliau sangat bersyukur kerana terdapat banyak cara untuknya menghubungi keluarga.

Mehmed mengatakan bahawa beliau bersyukur kerana beliau masih lagi boleh melihat keluarganya dengan menghubungi melalui “Video Call”. Bagi melepaskan rindu tersebut biasanyanya saya akan menghubungi mereka katanya. Kalang kala mereka akan menghubungi saya.

“Saya akan cuba untuk selalu kekal positif, walaupun secara jujurnya perkara ini sangat sukar bagi diri saya (menjauhkan diri daripada orang ramai) kerana saya tidak biasa”.

Mengulas mengenai pemain-pemainnya, Mehmed mengatakan bahawa pembantunya (jurulatih kecergasan) telah menyediakan tugasan bagi mereka untuk kekal cergas. Manakala jurulatih lain kini sedang sibuk melihat video-video perlawanan bagi mengkaji cara permainan pasukan lain.

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*