Memulihkan STROKE, Inilah Khasiat Dan Manfaat Buah LETUP-LETUP KELAMBU (Physalis Peruviana)

1. Viral sebelum ini di laman media sosial dimana harga buah letup-letup yang dijual mencecah rm3,000 bagi 100 gram. Buah ini dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.

2. Seorang pengusaha ciplukan (letup-letup kelambu) di Indonesia iaitu Cik Juwita Kuswara di Sumedang, Jawa Barat pula telah muncul jutawan hasil perniagaan komersial ciplukan. (Sumber rujukan: TRUBUS bil. 577 Disember 2017)

3. Menurut kajian, buah letup-letup kelambu dipercayai mampu memulihkan sel saraf bagi pengidap stroke.

4. Ciplukan dikatakan juga mampu mengatasi tekanan darah tinggi dengan mendidihkan lima biji buah dalam 100 ml air dan direbus selama 5 minit. Tapis airnya dan minum semasa airnya masih suam dua kali sehari.

5. Antara lain khasiatnya adalah menyembuhkan vertigo (sakit paru-paru), mengubati bisul, membantu mengawal keracunan makanan, memulihkan tenaga, meredakan batuk serta memperbaiki air kencing dan diabetes.

6. Selain itu buah ciplukan mampu mengubati selsema dan penyakit asma, mengubati penyakit jantung serta menurunkan demam panas.

7. Ciplukan juga digunakan secara tradisional untuk mengatasi kanser payudara. Caranya dengan menyediakan 4 helai pucuk letup-letup kelambu, 4 biji beras dan pucuk kunyit ditumbuk lumat dan lumurkan tiga bahan tersebut pada payudara.

8. Pengambilan 10 biji buah letup-letup kelambu yang dimakan setiap hari atau di buat jus dikatakan mampu mengubati penyakit gusi, bahagian dalam mulut atau lidah yang kelihatan merah dan putih.

9. Dalam perubatan Cina, spesies Physalis digunakan untuk merawat keadaan seperti abses, batuk, demam, dan sakit tekak / kerongkong.

10. Namun dalam apa jua keadaan, pengambilan bahan dari tumbuhan seperti ciplukan untuk tujuan perubatan hendaklah sentiasa mendapatkan nasihat daripada para profesional seperti doktor atau pakar pharmasutikal.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa share di fb anda terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*