Mengandungi Banyak Khasiat, Potensi Tanaman Avocado – Harga Sekilo Mencecah RM15

1. Avokado merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan yang dimakan segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Pokok Avokado dipercayai berasal dari Puebla, Mexico.

2. Pendebungaan pokok avokado terjadi dimana organ betina akan terbuka pada waktu pagi dan debunga dikeluarkan tengahari ataupun debunga dikeluarkan pagi dan organ betina dibuka waktu tengahari.

3. Sebiji avokado mengandungi lebih kurang 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak sebagai pelincir semula jadi pada dan menghindarkan penyakit sendi-sendi tulang.

4. Di samping itu, avocado boleh menurunkan paras kolestrol dan mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang penyakit jantung.

5. Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat baik untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit yang kering.

6. Klon tanaman avokado di Malaysia ada 7 varieti iaitu Avokado Klon A7, Avokado Klon A10, Avocado Klon A16, Avokado Klon A25, Avokado Klon A27, Avokado Klon A30

7. Sebaiknya jika anda mahu menanam avokado, pilihlah yang dikehendaki oleh pengguna iaitu buah yang bersaiz kecil dan saiz sederhana untuk pengeluaran secara komersial di kawasan tumpuan ramai.

8. Hanya beberapa negara sahaja di dunia yang sesuai untuk tanaman avokado bermutu iaitu di Selatan Sepanyol, Crete dan Levant, Peru dan Afrika Selatan.

9. Kawasan lain yang sesuai penanaman avocado adalah seperti di Selatan India, Sri Lanka, Australia, New Zealand , Filipina, Malaysia, Indonesia, Amerika Tengah, Caribean, Arizona, Mexico, New Mexico, Texas, Florida dan Ecuador. Setiap kawasan mempunyai kultivar tersendiri, yang dipetik dari Wikipedia

10. Jarak penanaman pokok avocado yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian ialah 6m x 6m atau lebih jauh bergantung kepada keadaan tanah dan kultivar.

11. Baja subur yang diperlukan adalah NPK 15:15:15 diberikan mengikut kadar disyorkan. Baja buah pula ialah NPK 12:12:17:2 dan baja organik juga diberikan ikut syor bila pokok berusia 3-4 tahun keatas.

12. Sepokok avocado dewasa mampu menghasilkan anggaran 1,200 biji buah setahun. Purata hasil tuaian avocado yang di tanam secara komersil sebanyak 7-20 metrik tan sehektar setahun.

13. Purata harga runcit sekilo buah Avocado ialah rm8 – 15 bergantung pada gred atau saiz buah. Saya pernah membeli buah Avocado Russell (1 biji beratnya mencecah 1kg) dengan harga rm15 sekilo.

14. Bayangkan anda tanam sendiri buah Avocado Russell dan menjualnya rm15 sekilo, 100 x 15 = rm1500. Jika 1 ekar semua pokok berbuah, anda nilailah sendiri berapa hasilnya.

15. Avokado adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

16. Pertanian dahulu dan sekarang jauh bezanya. Pertanian kini adalah satu perniagaan yang menguntungkan. Semakin ramai manusia mahu menikmati buah-buahan segar terus dari ladang.

17. Jika anda ada tanah kosong dan terbiar, Avocado adalah antara tanaman yang berpotensi tinggi untuk di komersialkan.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua pembaca blog – Sifudurian

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*