Menjaga Katarak MATA, Bayi Tidur LENA – Manfaat Memakan LABU MANIS Untuk Kesihatan

KHASIAT MEMAKAN LABU MANIS

1. Labu manis (Cucurbita spp) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Cucurbitaceae yang mempunyai empat spesies iaitu Cucurbita maxima , Cucurbita mixta, Cucurbita pepo dan juga Cucurbita moschata. Berasal dari Amerika Selatan, pokok labu manis hidup menjalar di atas tanah dan menghasilkan buah bersaiz besar yang berwarna kehijauan atau perang dengan isi berwarna oren kekuningan setelah masak.

2. Kajian United States Department of Agricukture (USDA) mendapati labu manis mengandungi 5 komponen utama nilai sumber makanan iaitu mineral, vitamin, asid amino, lipid dan proksimat.10 jenis mineral yang terdapat dalam labu manis ialah Ca, Fe, Mg, P, K, Zn, Na, Cu, Mn dn Selenium. Labu manis juga mengandungi 17 jenis vitamin. Antaranya, vitamin C, niacin, choline, beta karoten, vitamin A, vitamin K, tiamin, riboflavin dan vitamin E. Manakala tryptopah dan serine pula adalah antara 18 jenis asid amino yang terkandung labu.

3. Kandungan beta karoten dan vitamin A yang tinggi dalam labu manis membantu menjaga kesihatan mata dengan mencegah penurunan fungus dalam mata. Sedangkan kandungan serat, lutein dan zeaxanthin dan vitamin C dikesan pula dapat menurunkan risiko katarak dan melambatkan perkembangan degenerasi makula.

4. Labu kuning turut ampuh dalam menjaga kesihatan jantung. Kandungan serat di dalamnya dapat membantu mencegah pengumpulan kolesterol jahat dalam pembuluh darah. Manakala kalsium membantu menurunkan tekanan darah dan vitamin C berfungsi untuk mencegah kerosakan sel. Magnesium pula bermanfaat untuk merehatkan pembuluh darah sehingga membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan strok.

5. Artikel terbitan The Baby Sleep Site menjelaskan labu kuning memiliki tryptophan yang boleh membantu menghasilkan serotonin yang dapat membuatkan bayi tidur lena. Kandungan serat dan karbohidrat dalam labu melancarkan fungsi penghadaman bayi sekaligus merawat sembelit. Vitamin A dan vitamin C pula membantu proses pembentukan kolagen bagi mengekalkan keanjalan dan kesihatan kulit bayi. Manakala beta karoten bagus untuk mata dan bertindak sebagai pelindung kulit bayi secara semula jadi. Kandungan magnesium dan kalsium membentuk tulang yang kuat. Zat besi membantu pembentukan sel darah merah dan fosforus menggalakkan fungsi otak anak.

6.Tidak hanya isinya yang bernilai tinggi, biji labu manis juga sangat berkhasiat. Ia boleh diolah menjadi makanan ringan berkhasiat seperti kuaci yang memiliki kandungan magnesium, zink, kuprum dan protein yang tinggi. Biji labu mentah pula berkesan untuk merawat masalah kecacingan dengan mengeluarkan cacing pita dari dalam perut. Bagi yang mengalami masalah paru-paru, anda disyorkan untuk meminum jus lobak merah yang dikisar dengan biji labu sebagai salah satu rawatan.

7. Biji labu manis amat bermanfaat untuk kaum lelaki. Pengambilan biji labu yang berterusan berupaya meningkatkan jumlah dan kualiti sperma. Khasiat ini diperolehi menerusi kandungan zink, asam lemak omega 3, protein dan magnesium yang tinggi dalam biji labu. Selain itu, amalan memakan biji labu juga dapat membantu merawat masalah pengeluaran air kencing yang kerap (overactive bladder) dan benign prostatic hyperplasia yang disebabkan pembesaran kelenjar prostat.

Satu tips untuk penggemar labu, belilah labu manis yang mempunyai berat di sekitar 1 kg hingga 2.2 kg yang dikesan memiliki kandungan zat pemakanan terbaik – Sifudurian

Sumber: Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*