Minum Dua Kali Sehari, Boleh Hilangkan Selera Makan – Tips Penanaman Lemon

1. LIMAU LEMON (Citrus limon) adalah sejenis buah dari kumpulan Limau atau Citrus dari keluarga RUTACEAE yang digunakan sebagai sumber untuk vitamin C.

2. Ianya sama seperti pokok limau yang lain. Ianya tumbuh menegak dengan banyak cabang dan rimbun dengan ketinggian sehingga 5-7 meter.

3. Bunga Limau Lemon mempunyai 3-6 kelopak yang berwarna putih dengan stamen dan stigma ditengahnya. Pendebungaan dijalankan oleh serangga.

4. Ianya berwarna hijau pekat ketika muda dan bertukar kepada warna kuning. Akar pokok lemon mempunyai akar tunjang yang kukuh.

5. Kandungan pH atau kemasaman buah lemon lingkungan pH 2 – pH 3 iaitu sangat masam.

6. Pokok ini mesti ditanam dikawasan yang mempunyai saliran sempurna kerana ianya tidak tahan dengan banjir.

7. Ianya senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Benih lemon yang dijual anggaran harga antara RM 5.00 – RM 12.00 sepokok bergantung kepada saiz pokok.

8. Jika anak benih dibiak secara tut maka biasanya pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal iaitu 2-3 tahun berbanding dari biji benih hingga 4-5 tahun.

9. Tanah perlu dibajak dulu dan diberikan baja organik. Pemasangan sistem pengairan sistem renjis akan meningkatkan kesuburan tanaman.

10. Kadar pembajaan awal yang disyorkan adalah sebanyak 30 – 40 kg boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40 – 60 kg selepas pokok-pokok mula berbuah.

Aktiviti mencantas pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah penting untuk dilakukan.

Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasilnya antara 12 -15 kg.

Buah ini mengandungi vitamin C yang sangat tinggi dan juga asid citrik yang menyihatkan manusia. Ianya juga dipercayai membantu mengurangkan selera makan sekiranya diminum dua kali sehari.

Artikel ini dipetik dari Anim Agro dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*