(Kisah Inspirasi) Modal Bermula Hanya RM350, Kini Income RM200,000 Sebulan…

BERPEGANG kepada prinsip tidak mudah berputus asa, seorang wanita yang juga ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berjaya membuktikan dirinya mampu mengubah kehidupannya dan keluarga daripada ‘zero ke hero’.

Kesungguhan Engku Ros Shazwani Engku Lah, 31, berniaga bermula modal kecil dengan hanya membuka khemah dan kini mampu menyewa bangunan dua tingkat iaitu butik Shazwaniey Fashion di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Selain itu, kecekalan wanita ini berniaga turut melayakkannya menerima anugerah Ikon Usahawan Muda 2020 dari Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC).

Engku Ros Shazwani berkata, dia start berniaga kecil-kecilan dengan modal RM350 untuk membeli khemah dan baju muslimah dijualnya.

“Pada permulaan, saya berniaga dengan menumpang di sebuah tapak kedai makan di Kampung Pandan, selepas itu, saya membuka khemah yang sedikit besar di hadapan Jungle Foodcourt di Indera Mahkota.

“Kemudian, saya membuka lagi khemah di tapak sebuah kedai makan di Permatang Badak dan akhirnya menyewa sebuah bangunan dua tingkat di Indera Mahkota.

“Semua itu dalam tempoh enam tahun, hingga saya mampu memperoleh kejayaan ketika ini,” ujarnya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Engku Ros Shazwani berkata, daripada menjalankan perniagaan sendiri dan secara kecil-kecilan, kini dia sudah mempunyai lapan pekerja.

Hasil titik peluhnya itu tanpa mengenal erti jemu dan berputus asa, dia sekarang sudah turut memiliki rumah sendiri dan kereta baharu.

Beliau berkata, untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia dan suami, Abdulhadi Ismail, 36, banyak berkorban masa dan tenaga.

“Dulu seawal pukul 5.30 pagi saya dan suami sudah bangun bagi membuat persiapan. Pukul 7 pagi kami mula berniaga sampai pukul 1 petang.

“Itulah rutin harian kami dulu, bukan mudah dan alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, berkat usaha dan kesabaran kami mampu mencapai tahap apa yang kami miliki pada hari hari ini,” ujarnya.

Disiplin dan usaha resipi kejayaan.
Berkongsi tentang pendapatannya, Engku Ros Shazwani berkata, sebelum menyewa kedai di Indera Mahkota, cukup sukar untuk dia dan suami memperoleh RM3,000 sebulan.

Tetapi kini katanya, setelah menyewa kedai, pendapatannya dan suami untuk jualan walk in ke kedai boleh mencecah RM8,000 sehari.

“Itu belum ambil kira jualan secara dalam talian, jadi sebulan boleh mencecah RM200,000,” katanya.

Jelasnya, walaupun dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PK.P) ekoran penularan pandemik Cov1d 19, jualan di kedainya tidak terje.jas.

“Alhamdulillah, setiap hari lebih 40 pelanggan datang ke kedai dan majoritinya pastinya akan beli dan tidak balik dengan tangan kosong,” katanya.

Kongsi tips kejayaan

Bagi Engku Ros Shazwani, perniagaan menuntut sepenuh perhatian, tenaga, masa dan pengor.banan yang menyeluruh kerana ia merupakan bidang yang sangat serius.

Beliau menjelaskan, jika berani mengambil risiko, perniagaan pasti akan terus maju.

Jika tidak, katanya, angan-angan ‘hangat-hangat tahi ayam’ akan berhenti di pertengahan jalan dan maruah diri sendiri yang terpaksa diga.dai.

“Perniagaan boleh diibaratkan sebagai maruah seseorang kerana tiada seorang pun yang mahu hidupnya gagal dan diperlekehkan pihak lain.

“Orang yang bijak dalam perniagaan mampu merasai kehidupan yang sebenar dengan memiliki semua keinginan dan impian,” katannya.

Tekad terus mengubah dirinya dan keluarga, Engku Ros Shazwani berkata, tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit.

“Untuk memastikan perniagaan itu berjaya, kita juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna.

“Kegaga.lan dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan kita perlu bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba. Sekali jatuh bukan bermakna kita akan jatuh selamanya,” katanya.

Beliau berkata, pokok pangkal untuk berjaya dalam perniagaan adalah minat yang mendalam, kegigihan dan juga usaha yang tidak pernah kenal penat lelah.

Sumber Utusan Online

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*