Modal Menternak Ikan Keli Hanya RM2,500 sahaja – Penyediaan Modal dan Kelengkapan Menternak Ikan Keli

Harini Admin akan kongsikan tentang berapa modal yang kita perlukan untuk menternak ikan keli. Perkongsian adalah daripada Syam Ghaz, seorang penternak ikan keli.

1. Kolam yang disarankan untuk dibina adalah kolam simen (dengan mengunakan batuan merah-tanah liat bagi memastikan suhu dalam kolam sentiasa sejuk).

2. Kenapa kolam simen? Sebabnya dapat mengekalkan suhu sejuk dan sesuai dengan habitat ikan keli. Selain itu, tahan lasak dan mudah untuk dikendalikan.

3. Modal yang dicadangkan adalah RM5,000 ( Ini sesuai untuk pembinaan kolam keli di kawasan timur, dimana kosnya lebih murah berbanding di selatan)

Dengan modal tersebut, kita dapat membina;-

– Kolam simen saiz 10′(panjang) x 5′(lebar) x 3′ (tinggi) x 3 buah – simen, pasir dll
– istem pukat dan paip limpah-masuk-keluar.
– Benih keli – 20sen/ekor
– Makanan keli/ dedak – starter, grower & finisher.
– Sistem paip yang lengkap.
– Anak2 pokok kiambang dan tiub kereta
– Cecair EM.

Pengiraan Untuk Membuat Binaan Asas pula adalah :

1. Tapak Asas Konkrit – RM 525 (termasuk pasir, simen, upah dan lain-lain)
2. Bata Ikat – RM295
3. Plaster – RM273
4. Pasir (1 Lori) – RM150
5. Batuan kecil (1 lori kecil) – RM100
6. Pasir halus – RM100
7. Simen (20 beg x RM17) – RM340

JUMLAH KESELURUHAN: RM1,783 sahaja (Anggaran sahaja)

Modal keseluruhan (kasar) bagi perkara diatas hanya RM2,500 sahaja (dan boleh lebih murah lagi sekiranya dapat pembekal yang murah.) – Ini adalah anggaran harga di Kelantan. Lebihnya RM2,500 akan digunakan sebagai modal simpanan untuk tujuan kotigensi dan kecemasan. Modal pusingan yang diperlukan setiap pusingan akan datang dalam RM800-900 sahaja.

Sekiranya anda berminat untuk menternak keli, boleh jadikan ini sebagai panduan untuk pembinaan kolam. Mungkin akan ada sedikit perbezaan harga berdasarkan kawasan yang anda pilih. Pada entri yang akan datang admin akan kongsikan cara penjagaan ikan keli ya.

Artikel ini dipetik dari UsahawanTaniKelantan dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*