Model Pendapatan Cikgu Sekolah Di Kampung

Cikgu Mohd Nor Amri di tapak tanaman sayuran di Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu, Melaka. Sekadar gambar hiasan - Sumber GPS Bestari

1. Gaji Mingguan: Hasil usahakan kebun sayur-sayuran di belakang rumah. Ada juga usahakan kolam ikan keli sendiri, lapang-lapang buat keli salai.

Hasil makan sendiri, jual kepada kawan-kawan dan di jual di kedai-kedai. Sambil-sambil tu ajar pelajar Tuisyen percuma & ajar main kompang percuma.

2. Gaji Bulanan: Gaji sebagai Guru. Hasil SAWIT dari tanah sendiri & SAWIT tanah dipajak dari orang kampung.. PEMBAJAAN optimum dijaga, hasil konsisten.

3. Gaji Tahunan: Hasil durian, cempedak dan lain-lain – tanah dibeli secara kecil-kecilan duit hasil simpanan, pinjam bank sikit dan sumbangan anak-anak yang sudah bekerja.

Benih buah-buahan yang baik-baik (branded) sahaja di tanam.

PEMBAJAAN optimum dijaga. Hasil sangat memuaskan, hasil yang baik dijual kepada sendiri, kepada kawan-kawan sekolah dan peraih besar.

Ada 5 saluran pendapatan. Hasil sembang-sembang dengan Cikgu Sekolah pencen.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian”
“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”

Selamat berkebun.

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*