Mudahnya Tanam Tembikai Dalam Pasu, Senang Tumbuh Dan Jimat Ruang

Time PKP ni mesti ramai yang mula berkebun kan untuk mengisi masa lapang di halaman rumah. Yelah daripada terperap dalam rumah, ada baiknya berkebun untuk hilangkan stress dan bosan.

Artikel kali ini kami kongsikan bagaimana cara mudah tanam tembikai dalam pasu. Senang sangat dan tidak perlu ruang yang luas untuk menanam.

1. Ambil beberapa biji tembikai kuning dan merah kemudian semai dalam bekas kontena kecil. lapik dengan tisu muka dan lembapkan dgn air, kemudian letakkan biji diatas tisu. tutup rapat2, biji akan bercambah selepas beberapa hari.

2. Selepas 1 minggu pindahkan benih ke dalam pasu besar. media tanaman adalah tanah kompos 70%, 10% cocopeat, sekam padi bakar 10% pasir 10% untuk pengudaraan.

3. Pastikan benih disiram setiap hari, di sembur dengan baja foliar / baja cecair dua kali dalam seminggu untuk mempercepatkan pertumbuhan daun.

4. Jika anda pentingkan kesegaran tanpa racun kimia, gunakan racun serangga organik seperti CUKA KAYU untuk mengawal serangga perosak yang memakan daun dan buah.

5. Gunakan kayu seperti buluh dan tali untuk pokok menjalar naik dan pastikan ia kuat dan tidak mudah patah.

6. Bila putik bunga mula bercambah, ambil bunga tembikai kuning dan geselkan pada bunga tembikai merah untuk proses pendebungaan silang. Tembikai kuning lebih cepat berbuah berbanding merah.

7. Bila buah semakin membesar, buat satu “alas” atau ikat buah supaya tdk jatuh, rujuk pada gambar dibawah

8. Sepokok tembikai hanya dibiarkan berbuah 4 biji dan selebihnya perlu dibuang untuk menjaga kualiti buah.

9. Harga sebiji tembikai di pasaran adalah sekitar rm3-6 sekilo bergantung pada permintaan dan lokasi.

10. Memakan buah tembikai mampu menurunkan suhu badan dan melancarkan pencernaan serta banyak vitamin yang amat baik untuk kesihatan badan.

Jika ada tambahan, sila tulis di ruang komen yer…

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, tolong share ya terima kasih.

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*