Pertanian

Musang King: Rakyat KeIantan berIinangan air mata dihaIang cari kekayaan di bumi sendiri

Seorang rakyat Kelantan bernama Rosman dengan berIinangan air mata mengirimkan beberapa keping gambar kepada bekas ADUN Salor Husam Musa kerana dinafikan mencari kekayaan di negeri keIahirannya.

Dalam entri terkini menurut Husam Musa, Rosman mendedahkan beberapa gambar dan rakaman kebunnya di Kampung Sungai Durian telah dimus’nahkan.

“Untuk tatapan rakyat KeIantan,”katanya kepada Husam.

musang king

Peluang dan ruang Iuas kepada ‘anak luar’ tetapi anak Kelantan sendiri tidak dapat.
Menurut Rosman rakyat Kelantan yang sudah puluhan tahun meneroka tanah membuat dusun dan bertanam getah untuk mencari ruang kekayaan di bumi sendiri dihalang kerana bertindih dengan hutan simpan dan lebih malang kebun pula dimus*nahkan.

“Hendak mohon pun sukar sekali mendapat kelulusan.

“Untuk ‘Orang Luar’ boleh pula hutan-hutan yang kaya dengan khazanah dibersihkan!

“Saya menghargai rintihan beliau dan menyiarkan foto dan clip yang beliau rakamkan. Ladang Musang King di Sungai Durian Kelantan kita. Sekalipun tentunya rakaman beIiau tak setara profesional,” tambah Husam.

Husam juga mempersoalkan tindakan kerajaan Kelantan yang memberi peluang dan ruang luas kepada ‘anak Iuar’ tetapi anak Kelantan sendiri tidak dapat.

Beliau juga mendedahkan seorang lagi pekebun durian juga anak jati Kelantan Lokman Isa terpaksa membangunkan sendiri kebun Musang King seIuas 18 ekar tetapi di Jerantut.

Lokman pernah berjumpa Exco Pertanian Kelantan dan menawarkan khidmat dan pandangan profesional tentang bagaimana Kerajaan Kelantan patut toIong anak Kelantan sendiri bagi membangunkan perniagaan Musang King malangnya, hampa.

“Beliau adalah antara pengasas teknologi sejuk beku durian sejak 1995. Melalui hasil kajian beliau, ramai peniaga sejuk beku durian Musang King mendapat faedah sehingga mereka muncuI sebagai pengeksport Musang King terkenal.

“Menan*gis tak guna. Bumi tergadai jua. Kata orang, wang juga dipandang orang,” kata Husam.

Sebelum ini, bekas jurulatih badminton China, Li Yongbo telah mendapat peluang menanam durian Musang King di Hutan Sg Durian di Ke*antan di mana dahulunya ia sebuah hutan yang indah dan berharga.

Bahkan Li Yongbo turut berkata beliau tidak pernah terfikir akhirnya membuka kebun durian di tengah-tengah hutan – Malaysiadateline

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button