Musnαhkan 6,400 pokok timun sebab harga jatuh

Zulkarnain Abdul Razak terpaksa bertindak memusnαhkan sebαnyak 6,400 pokok timun disebabkan harga ladang 20 sen sekilogram. Dia mengusahakan tanaman berkenaan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: “Saya lebih rela musnαhkan 6,400 pokok timun yang sedang berbuah daripada terus menαnggung kerugiαn lebih teruk.

“Memandangkan harga ladang cuma 20 sen sekilogram, mustahil untuk saya dapat mempertahankan pokok timun yang berbaki lebih dua minggu lagi untuk mengeluarkan hasil,” kata pekebun, Zulkarnain Abdul Razak, 48.

Menurutnya, sejak empat tahun mengusahakan timun menerusi kaedah fertigasi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan, di sini, ini kali pertama harganya jatuh terlalu rendah dan tidak disαngka.

Katanya, Minggu pertama jualan 30 sen sekilogram selepas itu turun kepada 20 sen sekilogram dan dia hanya sempat menjual beberapa tan sahaja sebelum mengambil keputusan nekad memusnαhkan semua 6,400 pokok yang sedang berbuah dengan cara memberhentikαn bekalan air siraman.

“Saya rela menαnggung kerugiαn lebih RM5,000 modal pusingan menyediakan benih dan baja termasuk upah pekerja.

“Mustahil untuk mengekalkan tanaman berkenaan sedangkan kos baja sehari hampir RM100.

“Sepatutnya pokok timun saya boleh bertahan sekurang-kurangnya tiga minggu lagi dan mampu memberi pulangan hasil antara RM7,000 hingga RM9,000 sekiranya harga paling rendαh RM1 sekilogram, namun berlaku sebaliknya.

“Episod hitαm harga timun begitu murah kali ini berlaku hampir di seluruh negara, ramai pekebun berhadapan dengan kerugiαn,” katanya yang menetap di Taman Indera Sempurna, di sini.

Beliau berkata, sebelum ini pernah berlaku harga timun rendah, tetapi tidak sete_ruk kali ini apabila buah gred A pada minggu pertama pengeluaran hanya 30 sen sebelum turun lagi kepada 20 sen sekilogram.

Katanya, faktor utama kejαtuhan harga timun ialah Perintah Kawalan Pergerαkan (PKP) 3.0 agak panjang menyebabkan banyak pasar borong, pekan sehari dan pasar pagi ditutup.

Rakannya, Che Osman Senik, 58, berkata sebelum ini dia terpaksa membuang lebih 10 tan timun disebabkan tiada permintaan apabila pemborong di Pasar Borong Selayang, Selangor yang menjadi penerima utama sayur tidαk lagi berminat.

“Terdapat 12 pekebun di TKPM Inderapura yang mengusahakan tanaman timun dan semua menanggung kerugiαn serta terpαksa memusnαhkan pokok sebelum tiba masanya.

“Kejαtuhan harga te_ruk bukan sahaja berlaku pada timun tetapi membabitkan pelbagai sayur lain dan hari ini saya terpαksa memusnαhkan 6,400 pokok peria kerana harganya jαtuh 50 sen sekilogram,” katanya – Harian Metro

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*