Nelayan Jumpa Cengkerang Pelik Dan Bawa Pulang, Tidak Sangka Jadi Jutawan Sekelip Mata

Seorang nelayan di Thailand yang dipercayai hidup susah dilaporkan menemui sebutir mutiara berwarna 0ren yang merupakan salah satu mutiara termahal d dunia, lapor Daily Mail.

Menurut portal itu, Hatchai, 37 tahun sdg mengutip kulit tiram bersama keluarganya sebelum dia menemui cengkerang pelik di tepi sebuah pantai di Nakhon Si Thamarat pada 27 Januari lalu.

Dia telah menemui beberapa cengkerang melekat pada boya keselamatan yg terdampar di tepi pantai sebelum memanggil adiknya untuk melihat 0bjek berkenaan.

Mereka kemudiannya telah memutuskan utk membawa pulang cengkerang berkenaan bagi dijadikan hiasan rumah burung mereka, tulis Daily Mail.

Kedua-dua pemuda itu kemudiannya memberi cengkerang itu kepada bapa mereka untuk dibersihkan. Sebaik sahaja bapa mereka membuka cengkerang berkenaan, dia telah menemui sebutir mutiara berwarna 0ren yang dipercayai bernilai lebih kurang £250,000 (kira-kira RM1.39 juta).

Kongsi Hatchai, sebelum kejadian itu, dia mendakwa telah bermimpi didatangi seorang lelaki tua yg mengajaknya ke pantai untuk memberinya hadiah.

“Seorang lelaki tua berbaju putih dengan misai panjang memberitahu saya untuk pergi ke pantai supaya saya mendapat hadiah. Saya rasa dia yang mendorong saya menemui mutiara itu,” katanya seperti dilap0r Daily Mail.

“Saya ingin menjual mutiara itu pada harga tertinggi. Wang itu bukan sahaja akan mengubah hidup saya, tetapi akan mengubah takdir saya. Seluruh keluarga saya akan mempunyai hidup yg lebih baik.”

Setelah berita penemuan mutiara itu tersebar, beberapa pengumpul barangan mewah telah mendekati keluarga mereka utk mendapatkan mutiara tersebut.

Salah seorang pembeli berpotensi daripada China kini dikatakan sedang berbincang untuk membeli mutiara itu pada harga 10 juta Baht (kira-kira RM1.39 juta).

Lelaki itu dijangka terbang ke Thailand pada minggu hadapan dan menjalani kuara*ntin selama dua minggu sebelum menemui keluarga tersebut untuk melihat keaslian mutiara berkenaan.

Mutiara Melo merupakan spesies mutiara yang tidak boleh dibiakkan seperti mutiara-mutiara lain. Ia dipercayai hanya boleh dihasilkan secara semulajadi oleh sejenis siput laut bernama Melo Melo dari spesies Volutidae. 0leh itu, ia amat jarang ditemui, membuatkan harganya menjadi sangat mahal.

Warna mutiara tersebut adalah antara oren kepada coklat di mana warna 0ren adalah yang paling mahal. Ia dikatakan boleh ditemui di Laut China Selatan dan Lautan Andaman.

kredit siakap keli

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*