Nikah Dengan Pokok

Rasanya penulis nak kembali ke tahun 2019 lah…tak faham betul dengan tahun 2020 ni, macam-macam kejadian berlaku, covid la, nak kawin pokok la…

Terbaca pagi ini dari web Harian Metro, London: Seorang ibu dua anak di United Kingdom mengejutkan seluruh dunia apabila berkahwin dengan pokok malah meraikan ulang tahun pertamanya baru-baru ini dengan tumbuhan itu.

Wanita itu sanggup tinggalkan suaminya di rumah semata-mata untuk meraikan ulang tahun pertama perkahwinannya dengan pokok kesayangannya itu.

Kate Cunningham yang berusia 38 tahun, menukar namanya kepada Elder apabila dia ‘bersatu’ dengan pokok tertua di Rimrose Valley Country Park di Sefton, Merseyside pada tahun lalu.

Ibu yang juga bekas guru itu berkata, mengahwini pokok itu adalah keputusan terbaik dalam hidupnya walaupun seorang daripada anaknya berusia 15 tahun sangat malu dengan tindakan peliknya itu.

“Pokok ini akan tetap menjadi keutamaan dalam hidup saya. Pokok membuatkan kita tetap hidup sepanjang hayat.

“Ia membuatkan saya rasa lebih konfident dengan diri sendiri malah saya tak peduli apa orang lain hendak kata.

“Berkahwin dengan pokok memberikan saya nafas dan tujuan baharu,” katanya seperti dipetik melalui portal Daily Mirror.

Beliau berkata, dia mendapat inspirasi mengawini sebatang pokok selepas mencontohi tindakan seorang aktivis wanita dari Mexico untuk menaikkan kesedaran orang ramai mengenai pembalakan dan pembukaan tanah haram.

Apa kata anda? tinggalkan komen anda diruangan komen. Terima kasih kerana sudi singgah.

About Sifudurian 166 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*