Olimpik Mungkin Akan Ditangguh

Olimpik Mungkin Akan Ditangguh
Image by: Astro Awani

Pada tahun ini, kejohanan Olimpik bakal diadakan di Tokyo, Jepun. Kejohanan 4 tahun sekali ini merupakan antara kejohanan terbesar antarabangsa. Namun pada tahun ini, berkemungkinan besar kejohanan ini bakal ditangguhkan.

Perkara ini telah dibawa oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kedalam parlimen.

Beliau berkata bahawa sukan ini berkemungkinan besar untuk ditangguh jika wabak koronavirus tidak dapat dihentikan. Ini bagi memastikan keselamatan kesemua pihak terlibat dalam temasya tersebut.

Shinzo juga mengatakan bahawa Jepun masih lagi komited untuk menjalankan sukan tersebut namun keselamatan pemain adalah keutamaan. Oleh itu, penangguhan adalah jalan yang paling terbaik untuk sukan ini.

Oleh itu, ini merupakan kenyataan atau pengakuan pertama dengan berkemungkinan besar Olimpik tidak akan berjalan mengikut jadual iaitu pada 24 Julai nanti kerana ancaman penularan koronavirus di seluruh dunia.

Shinzo Abe juga tidak bersetuju sekiranya temasya 4 tahun sekali itu dibatalkan. “Pembatalan bukan pilihannya” Menurut Shinzo Abe. Perkara ini selaras dengan apa yang dikatanya oleh Ketua IOC Thomas Bach yang juga tidak bersetuju sekiranya Olimpik dibatalkan.

Kerana baginya, sekiranya ia dibatalkan ia tidak akan menyelesaikan sebarang masalah dan tidak dapat membantu sesiapapun.

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*