Operasi mus’nah kebun ha’ram Musang King dimulakan

Laporan polis dibuat susulan pence’robohan kawasan hutan simpan kekal

Tang’kap layar video di mana ADUN Tras, Chow Yu Hui mendakwa pekebun ada kebenaran mah’kamah untuk masuk ke kebun.(gambar atas)

RAUB, 23 Zulkaedah 1442H, Ahad – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memulakan operasi memus’nahkan kebun ha’ram durian Musang King di dalam Hutan Simpan Batu Talam, bermula semalam.

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, empat lelaki termasuk dua warga tempatan dita’han dalam Operasi Bersepadu Memus’nahkan Kebun Ha’ram di Dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam.

Operasi ini merupakan penguatkuasaan biasa yang dijalankan oleh pihaknya dengan kerjasama Seksyen Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (UPK JPNP), Pejabat Hutan Daerah Raub (PHD Raub), Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 23 orang.

“Pasukan rondaan telah ke kawasan operasi iaitu Hutan Simpan Batu Talam. Semasa menjalankan rondaan di dalam Hutan Simpan Batu Talam lebih kurang jam 9.30 pagi pasukan telah terserempak dengan sebuah motorsikal bersama penunggang dan dua buah kenderaan pancuan empat roda bersama dua orang pemandu dan seorang penumpang yang membawa peralatan pertanian.

“Kesemua tiga kenderaan dan empat individu telah dita’han dan dibawa ke Balai Polis Tranum untuk membuat laporan polis dan sia’satan lanjut,” katanya seperti dilapor Pahang Media.

Selain itu, pihaknya turut men’yita tiga buah kenderaan terlibat dan peralatan yang dibawa individu terbabit ketika ditahan.

“Kenderaan yang disi’ta adalah sebuah motorsikal jenis Honda EX5, dua buah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Mitsubishi.

“Kita turut menyita peralatan kebun yang dibawa iaitu dua buah mesin penyembur ra’cun dan sebuah tong minyak,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hizamri memaklumkan, pihaknya membuat satu laporan polis berkaitan pence’robohan di kawasan hutan simpan kekal ini.

“Kes ini akan dibuka kertas sia’satan dan pegawai penyi’asat untuk kes ini telah dilantik,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui yang hadir bersama beberapa pekebun ke kawasan sekatan semalam mendakwa pekebun telah mendapat kebenaran mahkamah sebelum ini untuk masuk ke kebun berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net/rentas.asia

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*