Ops Timbang Sawit rekod enam kes penipuann, rampasan RM36,850

Ops Timbang Sawit rekod enam kes penip.uan, rampa.san RM36,850

KPDNHEP melaksanakan Ops Timbang Sawit dengan kerjasama beberapa agensi dan berjaya mengesan enam kes dengan rampa.san berjumlah RM36,850.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan enam kes peni.puan timbang buah kelapa sawit dengan nilai rampa.san RM36,850 melalui Ops Timbang Sawit di utara semenanjung.

Operasi lima hari bermula 15 Mac itu bertujuan menangani isu peni.puan timbang buah kelapa sawit yang digunakan dalam industri berkenaan.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya, Azman Adam berkata, operasi bersepadu dilakukan bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), agensi Cyber Security Malaysia dan syarikat yang dilantik untuk penentusahan timbangan iaitu Metrology Corporation Berhad dan De Metrology Sdn Bhd.

“MPOB turut mengambil tindakan dengan menghasilkan sebanyak 12 kes di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh jabatan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, fokus tindakan Ops Timbang Sawit ialah memastikan alatan timbangan yang digunakan tepat dengan melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap perkakasan, perisian atau komponen sistem yang digunakan oleh peniaga di pusat pengumpulan dan pembelian buah sawit supaya berada dalam keadaan baik.

Katanya, pemeriksaan juga untuk memastikan alat timbang tersebut diuji dan ditentusahkan.

“Peniaga di pusat pengumpulan dan pembelian buah sawit di bawah pelaksanaan Ops Timbang Sawit juga tertakluk di bawah peruntukan Akta Akta Timbang Sukat 1972 (ATS 1972) dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).

“Mereka dikehendaki mempamerkan tanda harga dengan jelas,” katanya.

Tambah Azman, operasi itu secara langsung memberi kesan positif kepada penjual buah sawit khususnya pekebun kecil kelapa sawit kerana elemen penipuan atau manipulasi alat timbang sawit dapat dielakkan apabila alat timbangan yang tepat atau betul sahaja digunakan dalam urus niaga tersebut.

Justeru, KPDNHEP berharap semua pihak yang terlibat dalam industri buah sawit untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara jujur, beretika dan tidak mengambil kesempatan dengan perlakuan manipu.lasi harga mahu pun timbangan – Sinar Harian

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*