OURFARM Tingkatkan PENDAPATAN Petani, Penternak, Nelayan Dan Peladang

Gambar Hiasan

1. Satu platform e-dagang di (www.ourfarm.asia) yang diwujudkan oleh Airasia dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) tanpa mengenakan sebarang kos pendaftaran.

2. Platform baharu ini akan membantu banyak perniagaan kecil dengan mengurangkan kos perolehan hasil segar hingga 25% kerana mereka boleh berhubung terus dengan pengeluar pertanian.

3. Selain itu OURFARM dapat membantu meningkatkan margin keuntungan pengeluar pertanian dengan menghapuskan kos orang tengah.

4. Kerjasama antara MOA dan OURFARM dapat membantu memadankan perniagaan dengan platform e-dagang sama ada perniagaan-ke-pengguna (B2C) dan perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

5. “Model baharu sebegini amat diperlukan selepas 60 tahun petani, penternak, peladang dan nelayan mendapat bahagian yang sedikit dari hasil pertanian iaitu sekitar RM1.50-RM2 bagi setiap RM10 harga produk.

6. Kejayaan OURFARM terletak pada teknologi, data dan logistik yang mempunyai transport sebanyak 7,000 lori di seluruh Malaysia yang ambil masa 60 minit sahaja untuk menghantar terus produk kepada pembeli.

7. Ia memastikan kesegaran serta mengawal kos bagi para petani dalam platform ini. Teknologi dan platform OURFARM mampu meningkatkan pendapatan para petani seperti di Jepun dan China.

8. OURFARM meliputi kawasan Lembah Klang buat masa ini, dan bakal mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

9. Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar, anda boleh layari laman web OURFARM di www.ourfarm.asia.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di facebook terima kasih – Sifudurian

Kredit Pic: Airasia Newsroom

About Sifudurian 210 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*