PANDUAN Dan TIPS Untuk Memilih Buah Durian Yang BAIK Di Pasaran

Umumnya buah durian akan masak dan gugur apabila mencapai 95 hingga 135 hari selepas bunga kembang. Durian D99 antara durian yang paling awal gugur.

Artikel petang sabtu ingin saya kongsikan beberapa tips atau kaedah yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memilih durian yang masak dan berkualiti di pasaran.

1. GONCANG BUAHNYA – buah durian yang masak akan merasakan gegaran di dalamnya dimana ulas durian sudah tidak melekat pada pangsanya.

2. HIDU BAUNYA – pilihlah buah durian yang telah mengeluarkan aromanya yang kuat menandakan isinya sudah masak dengan sempurna.

3. KETUK BUAHNYA – buah yang berkualiti adalah lebih ringan dan bila diketuk ianya kedengaran seakan ‘kosong’. Boleh cuba keruk-keruk pada kulitnya jika anda tahan pada durinya.

4. SENTUH DURINYA – buah durian yang masak dengan elok mempunyai durinya yang agak lembut berbanding buah yang masih mentah.

5. BELAH BUAHNYA – tips terakhir adalah paling BERKESAN. Jika anda beli durian tepi jalan, suruh penjual belah untuk memastikan isi betul2 masak dan tidak berulat atau rosak.

Jangan beli dan bawa balik tanpa dibelah buahnya. Cantik diluar belum tentu masak di dalam. Jika tidak, anda akan kerugian beli buah yang tidak masak dengan harga yang tinggi.

Selamat mencuba dan nikmatilah keenakan ‘raja buah’. Terima kasih kepada semua petani.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di facebook terima kasih – Sifudurian

Kredit: Pendidikan Pemasaran FAMA / fb Mohd Firdaus Ab Aziz

 

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*