Panduan Lengkap Menanam Sayur Kangkung

Panen Kangkung: Petani memanen sayur kangkung di lahan kosong kawasan Penggilingan, Jakarta Timur, Selasa (14/5). Sayur kangkung dijual dengan harga Rp 4.000 per ikat yang selanjutnya dipasok ke Pasar Pulo Gadung dan sekitarnya.

Kangkung atau nama saintifiknya IIpomea reptans mempunyai 2 jenis iaitu Kangkung Darat dimana daunnya panjang menirus dan Kangkung Air iaitu daunnya bujur. Tempoh tanaman yang singkat dan kurang serangan penyakit ini berasal dari keluarga Convolvulaceae. Kangkung juga disebut dengan nama Weng Cai oleh masyarakat China, swapcabbage, water convovulus dan water spinach.

Sayuran kangkung merupakan sejenis makanan yang sangat digemari oleh masyarakat dunia kerana ianya berkhasiat untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Selain itu, kangkung merupakan sayuran termurah berbanding sayuran yang lain. Tanaman ini hidup subur di kawasan bersuhu iklim tropika dan subtropika. Ianya juga dijumpai ditanam di kawasan Asia, Afrika, Amerika Selatan & Amerika Utara dan kawasan Ocenia.

Pokok Sayur kangkung ini juga merupakan tanaman yang mudah ditanam dan mudah untuk dijaga. Caranya adalah anda perlu memberinya air yang mencukupi. Kangkung bukan hanya menjadi tanaman yang menguntungkan dalam perniagaan, malah kandungan zat di dalamnya juga sangat bermanfaat untuk tubuh badan manusia.

Keperluan Asas Tanaman – Suhu :24 °C. Jenis tanah :Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong, pH tanah : 5.5 – 6.5.

Amalan Kultur

Penyedian Kawasan : Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-5 tan/ha bagi tanah mineral. Baja organik diberi pada kadar 3-5 tan/ha.

Penyediaan anak benih : Jenis bahan tanaman  adalah biji benih, Keperluan biji benih : 30 kg, Rawatan biji benih : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g biji benih.

Penanaman di ladang : Cara menanam : Biji benih ditanam terus ke atas batas. Iaitu di dalam alur yang dibuat
merintangi batas, Penjarangan : Dibuat 10 hari selepas menanam, Jarak tanaman : 20 cm di antara baris dan 10 cm di antara pokok.

Pengurusan Air :Kangkong memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dilakukan secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis.

Pembajaan : Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Pengurusan perosak


Kutipan Hasil Dan Pengendalian Pascatuai

Masa kutipan hasil : 30 hari selepas menanam. Hasil (kg/ha) : 10,000 – 15,000. Cara memungut :Pokok dicabut bersama akarnya . Masa mengutip : Pagi atau lewat petang. Pengendalian hasil : Pemilihan, pembersihan, penggredan dan pembungkusan. Penyimpanan : Pada suhu 1 – 3°C dengan 90 – 95% kelembapan relatif. Boleh tahan selama 1 minggu.

Selamat berkebun – Rentas asia

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*