Panduan Yang Betul Cara TANAM Dan BAJA Durian Umur 1 Bulan Hingga 2 Tahun

Menanam durian bukan semudah yang anda sangka tanpa ILMU yang cukup di dada, silap haribulan pokok yang anda tanam boleh mati jika tidak ikut SOP yg betul.

Persoalannya, kenapa orang lain boleh berjaya, tanam durian BRANDED beratus2 ekar dan jana income juta2 satu musim siap export ke luar negara.

Semuanya kerana mereka sudah set dalam OTAK atau MINDA mereka, mahu berjaya perlu ada TINDAKAN dan BUAT SUNGGUH-SUNGGUH.

Bukan hangat-hangat tahi ayam. bukan main langgar dinding ja, org lain nak buat, kau pun nak ikut, bila jatuh terus give up dan lemah semangat.

Artikel malam ini saya kongsikan tips dan cara penanaman dan pembajaan durian yang betul.

1. Cara rawatan baja, air, serangga dan forliar – Cara rawatan baja organik setiap bulan umur pokok 1 bulan hingga 4 bulan = 100 gram, umur pokok 5 bulan hingga 8 bulan = 300 gram, umur pokok 9 bulan hingga 1 tahun = 500 gram umur pokok 1 tahun 5 bulan = 800 gram umur pokok 2 tahun = 1 kilogram.

2. Cara rawatan baja kimia pada musim hujan setiap 2 bulan, umur pokok 5 bulan hingga 1 tahun = 100 gram, umur pokok 2 tahun atas = 300 gram, baja kimia sebaiknya elakkan guna pada musim kemarau kerana pokok boleh menyebabkan hawar daun akar luput mahupun daun gugur secara pelahan lahan

3. Cara rawatan baja air forliar pada musim kemarau,  sembur 2 minggu sekali, manakala pada musim hujan sembur seminggu sekali, baja air forliar khas untuk tumbuh besaran dengan cepat, seperti tunas air keluar dengan lancar

4. Cara rawatan air, siram setiap 2 hari sekali jangan bagi tanah kering, tanah kering membuatkan mata tunas tidak berfungsi, daun terbakar hawar daun mahupun daun akan gugur secara pelahan lahan

5. Cara rawatan serangga, sembur sebulan sekali pada musim kemarau, manakala pada musim hujan sembur 2 minggu sekali, racun serangga digunakan sebagai elak anai-anai pada akar daun mahupun batang pokok.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila tulis di ruangan komen terima kasih.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di facebook anda terima kasih – sifudurian

About Sifudurian 210 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*