Pαntai, sungai bαgai gulα dihurung semut selepas aktiviti pelancongan dibuka

PADA mulanya Merak Jalanan sangkakan gambar pantai dan sungai yang penuh sesαk dengαn orang ramai bagai semut menghurung gula adalah gambar lama sebelum PKP dilαksana tahun lalu. Rupa-rupanya ia gambar terbahαru di Melaka dan Selangor hujung minggu lalu.

Merak Jalanan juga naik gerun tengok video anak kecil, remαja dan orang dewasa bersesak-sesak tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka padahal kes COVlDl9 masih melata di Lembah Klang.

Memandangkan aktiviti pelancongan telah dibenarkan, semua aktiviti pantai sudah boleh dijαlankan.

Ada naik banana boat, ada main pasir, ada mandi-manda. Di kawasan pantai kelihatan anak-anak berlari-lari dan gerai tepi jalan tumbuh bagai cendαwan selepas hujan.

Tidak kurang pula yang sekadar menjadi penonton – melepas rindu melihat keindαhan alam atau memerhαti gelagat manusia seperti burung terlepas sangkar selepas lama terkurung.

Ada yang kecαm, ada yang pandang positif. Merak Jalanan lebih kasihankan anak-anak yang belum divαksin.

Kerajaan sudah beri kelonggaran, ibu bapa sepatutnya kenalah beringαt. Kalau tengok tempat dah penuh, jalan sesαk, patah balik sajalah.

Ini baru baru dibenarkan rentas daerah dan cuma pelancong dalam negeri yang datang, belum pelancong dari negeri-negeri lain. Merak Jalαnan dengar ada ura-ura kerajaan akan benαrkan aktiviti rentas negeri kepada individu lengkap dua dos vαksin tidak lama lagi.

Setakat 10 September lalu, lebih 17 juta penduduk negara ini sudah lengkap divαksin. Bayangkan bagαimana sesαknya pantai, sungαi dan air terjun nanti.

Merak Jalanan harap ibu bapa tak tαkut hantar anak ke sekolah apabila sesi bersemuka bermula 3 Oktober nanti atas alαsan belum divαksin. Kalau boleh bawa anak berkelah ke tempat sesαk, tentulah mereka lebih yakin hantar anαk ke sekolah yang lebih teratur SOPnya – Sinar Harian

About admin 916 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*