Pantang Larang Makan Durian

1. Tidak boleh makan dengan susu kerana susu mengandungi sulfur (toksin) yang boleh menyebabkan tekanan darah dalam badan akan meningkat.

2. Tidak boleh dimakan bersama terung, kerana ia boleh menaikkan suhu badan manusia dan kesannya sama seperti kopi.

3. Tidak boleh dimakan bersama daging lembu dan kambing kerana ia memberi kesan panas pada suhu badan. Kombinasi ini akan membawa kepada inflamasi pada tubuh badan (peradangan).

4. Tidak boleh dimakan bersama ketam kerana ketam mempunyai kolestrol yang tinggi, manakala durian mempunyai karbohidrat serta lemak tinggi, kombinasi iniĀ  boleh memudaratkan kesihatan.

5. Tidak boleh dimakan bersama kopi, kandungan kafien dalam kopi menyebabkan jantung berdegup lebih kencang dan menyebabkan suhu badan meningkat lebih panas dan menyebabkan sesak nafas.

6. Tidak boleh dimakan bersama Coca-Cola, ia adalah air berkarbonat yang mengandungi kafien dan bergas, apabila bergabung dengan durian yang mengandungi potassium, ia boleh memudaratkan kesihatan jantung malah boleh mengundang maut.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa share sekian terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*