Pasu VERTICAL viral Menjimatkan Banyak Ruang Untuk Bertani

1. Khalid Zahrom memperkenalkan sistem tanaman sayur-sayuran yang mudah dijaga. Ciptaannya iaitu ‘vertical tower’ atau turut dikenali sebagai pasu viral.

2. Yang seronoknya apabila menggunakan pasu vertikal ini ia tidak memerlukan ruang yang luas dan sesuai untuk kediaman jenis teres mahupun pangsapuri dengan keluasan terhad.

3. Pasu viral itu dibuat daripada paip PVC dan ia menjimatkan ruang contohnya untuk ukuran panjang satu meter (m) dan boleh menggantikan 20 pasu tanaman.

Pelbagai tanaman boleh ditanam didalam pasu ini antaranya adalah bayam brazil yang mempunyai tempoh tuai yang cepat iaitu seminggu ke dua minggu.

4. Pasu vertikal ini boleh didapatkan secara online di shopee dan lazada. Cara-cara pemasangan dan manual juga diberikan sekiranya menempah secara terus dengan Khalid (Facebook Akulahh Kz)

“Bagi memudahkan orang ramai berkebun, saya turut menyediakan set lengkap termasuk pasu dan tanah campuran khas dengan harga berpatutan.” Kata khalid.

5. Minat menanam mula timbul kerana PKP tempoh hari dan pelbagai sayur-sayuran lain seperti bayam, sawi, kacang panjang kerdil, kobis, terung dan bendi ditanam di kawasan laman rumahnya.

6. Selain itu, semua sayur-sayuran itu tanaman yang mudah dijaga, tidak memerlukan pemantauan rapi dan cepat berbuah. Tanaman itu juga tidak memerlukan ruang yang luas selain boleh ditanam di dalam pasu bunga saja.

Jadi, bagi sesiapa yang baru mula berkecimpung dalam bidang pertanian dan tidak mempunyai kawasan yang luas untuk bercucuk tanam, anda boleh gunakan kaedah ini.

Artikel ini dipetik dari Harian Metro dan ditulis Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*