Pekebun Musang King tidak dibenarkan masuk Hutan Batu Talam untuk ambil barang

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) tidak membenarkan pekebun durian ha’ram memasuki Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub untuk mengambil barang milik mereka.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin, berkata keputusan itu selepas mendapat nasihat serta pandangan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan juga Timbalan Pendak’wa Raya.

Katanya, keputusan JPNP tidak membenarkan pekebun terbabit memasuki HSK Batu Talam untuk mengambil barang milik mereka kerana tindakan itu boleh menggan’ggu sia’satan yang kini sedang giat dilengkapkan sepenuhnya untuk tujuan pendak’waan.

“JPNP meneliti laporan mengenai permohonan disampaikan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkaitan hasrat pekebun yang ingin memasuki ke kawasan operasi bagi tujuan mendapatkan semula barang milik mereka yang tertinggal di dalam kawasan HSK Batu Talam.

“Selepas mendapat nasihat serta pandangan, JPNP tidak membenarkannya. Jika kebenaran diberikan, ia boleh menggan’ggu siasa’tan yang kini sedang giat dilengkapkan sepenuhnya untuk tujuan pendak’waan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Wan Rosdy dilaporkan berkata, kebenaran memasuki dan mendapatkan barangan milik pekebun durian ha’ram di HSK Batu Talam perlu diperoleh daripada JPNP.

“Saya meminta Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon mendapatkan sendiri kebenaran daripada JPNP untuk mendapatkan barangan milik pekebun ha’ram durian yang terdapat di hutan simpan berkenaan.

“Kebenaran daripada jabatan terbabit perlu diperoleh kerana kerajaan negeri berte’gas dan tidak berkom’promi dalam isu pencero’bohan hutan,” katanya.

Sejak ope’rasi pada 3 Julai lalu, kira-kira 15,000 pokok durian Musang King yang ditanam secara ha’ram dalam HSK Batu Talam seluas lebih 101 hektar sudah ditebang.

Jabatan Perhutanan negeri bercadang menanam kira 20,000 pokok hutan antaranya Merawan, Meranti, Balau, Keruing dan beberapa spesis lain dan setakat ini, lebih 2,000 po’kok sudah ditanam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda – Berita Harian

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*